Lebih 3,000 penumpang kurang upaya akan terima subsidi pengangkutan lebih tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Mulai bulan depan, jumlah subsidi pengangkutan dinaikkan bagi golongan kurang upaya yang belajar di sekolah-sekolah pendidikan khas atau mengikuti program-program kelolaan masyarakat.
Langkah itu akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 orang.
Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), pemerintah akan membelanjakan lagi $2 juta setiap tahun bagi subsidi lebih besar itu.
Ia kenaikan sekitar 20 peratus berbanding jumlahnya sekarang.
Diperkenalkan pada 2014, skim itu bertujuan mengurangkan kos pengangkutan bagi golongan kurang upaya.
Skim itu akan diberi nama semula sebagai Subsidi Pengupayaan Pengangkutan
Ia memberi subsidi sehingga 80 peratus bagi mereka yang memerlukan khidmat pengangkutan khusus yang disediakan agensi-agensi khidmat sosial untuk menghadiri program-program kelolaan masyarakat.
Antaranya, Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak.
Untuk melayakkan diri bagi skim tersebut, rakyat Singapura perlu mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih $2,800 sebulan.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.