Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3,000 orang sertai acara Dad's Day Out selepas 2 tahun ditiadakan dek COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2022 07:43PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:43PM
SINGAPURA: COVID-19 memberi peluang kepada ramai orang untuk menyemak semula keutamaan-keutamaan masing-masing.

Ini termasuk menilai semula rentak kehidupan, imbangan pekerjaan dan hubungan keluarga.

Demikian menurut Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing, di acara Dad's Day Out sempena Hari Bapa pada Ahad (19 Jun) yang kembali diadakan secara fizikal selepas dihentikan dua tahun kerana COVID-19.

Lebih 30,000 orang menyertai acara Hari Bapa di Sentosa.

Keluarga-keluarga menyertai pelbagai kegiatan seperti membina istana pasir dan meneroka jejak-jejak warisan di Sentosa.

Sebagai sebahagian daripada pesta hari ini (19 Jun), para individu juga menulis ikrar mereka kepada keluarga di atas reben-reben.

Sambutan tahun ini memberi tumpuan kepada golongan bapa sebagai tunggak sokongan keluarga semasa pandemik.

Para bapa yang ditemui Mediacorp melahirkan rasa gembira melayari tanggungjawab keibubapaan, namun akur akan cabaran-cabaran membesarkan anak.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan