Skip to main content

Singapura

Lebih 3,000 ekor burung bakal dipindahkan dari Taman Burung Jurong ke 'Bird Paradise'

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3,000 ekor burung bakal dipindahkan dari Taman Burung Jurong ke 'Bird Paradise'

(Gambar: Mandai Wildlife Group)

SINGAPURA: Lebih 3,000 ekor burung dan kira-kira 50 jenis tumbuh-tumbuhan akan dipindahkan dari Taman Burung Jurong ke tempat baru, 'Bird Paradise', di Mandai.

Menjawab pertanyaan di Parlimen pada Rabu (30 Nov), Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan juga berkata Mandai Wildlife Group sudah membuat perancangan yang teliti bagi menjaga kebajikan burung-burung tersebut semasa pemindahan dilakukan.

Taman Burung Jurong akan ditutup pada 3 Januari tahun depan.
Mandai Wildlife Group menyatakan pada Oktober lalu bahawa persiapan bagi pemindahan dari Taman Burung Jurong ke 'Bird Paradise' bermula sejak lebih tiga tahun lalu.

Sepanjang dua tahun lalu, aviari di Taman Burung Jurong sudah direka semula untuk "menyerupai" habitat baru 'Bird Paradise', menurut kumpulan itu. Ini supaya mereka boleh mula memperkenalkan spesies burung yang berbeza yang akan ditempatkan di habitat sama di taman baru itu.

Seluas 17 hektar, 'Bird Paradise' di Mandai pula dijadualkan dibuka dalam suku kedua tahun depan.

Ia juga akan menjadi sebahagian daripada taman hidupan liar baru yang terletak di Mandai Wildlife Reserve.

Ia akan menampung 3,500 ekor burung daripada lebih 400 jenis, di lapan aviari yang memaparkan biom berbeza-beza, dari hutan hujan Afrika ke sawah padi Asia Tenggara.

Setelah penutupan Taman Burung Jurong, burung-burung tersebut dijangka ditempatkan semula di 'Bird Paradise' yang baru selama beberapa bulan, menurut Mandai Wildlife Group pada Oktober lalu.

"Kerja-kerja mempersiapkan burung-burung tersebut untuk pemindahan berkenaan sudah dimulakan dengan aviari kecil diletakkan di habitat lebih besar yang boleh dilalui, agar dapat menggalakkan burung-burung tersebut untuk masuk secara sukarela dan berasa selesa ketika berada di dalamnya," terang kumpulan tersebut.


Tapak Taman Burung Jurong sedia ada dijangka dikembalikan kepada JTC pada 2025 dan agensi-agensi relevan sedang mengusahakan pengembalian semula tapak itu selepas Taman Burung Jurong berpindah ke Mandai, kata Encik Tan.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita