Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 300 suspek skim penipuan disiasat; mangsa rugi S$11 juta

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menahan 362 suspek yang disyaki terbabit dalam beberapa skim penipuan dan menggelapkan lebih S$11.1 juta. 

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat (5 Ogos), pihak polis turut mendedahkan bahawa 249 lelaki dan 113 wanita sedang membantu siasatan setelah diberkas dalam operasi dua minggu antara 22 Julai hingga 4 Ogos.

Suspek paling muda berusia 16 tahun, manakala yang paling tua pula berumur 82 tahun. 

Para suspek dipercayai terlibat dalam lebih 1,050 kes penipuan, bertindak sama ada sebagai penipu atau keldai wang. 

Mereka disiasat atas tuduhan menipu, pengubahan wang haram atau menawarkan khidmat bayaran tanpa lesen, menurut SPF. 

Para suspek disyaki terkait dengan beberapa jenis penipuan, menurut SPF, termasuk penipuan cinta Internet, skim penipuan pekerjaan, skim penipuan e-dagang, penipuan pelaburan, pemancingan data peribadi dan skim penipuan melibatkan pinjaman.

Mereka juga disyaki terlibat dalam penipuan menyamar diri, serupa dengan kes-kes penipuan yang menyamar sebagai pegawai pemerintah China, tambah SPF. 

"Polis memandang serius terhadap sesiapa saja yang mungkin terbabit dalam skim penipuan dan para pelaku akan ditangani mengikut undang-undang ," menurut SPF. 

"Untuk mengelak daripada bersubahat melakukan jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya ia terkait dengan jenayah."

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai skim penipuan boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkannya secara online di www.police.gov.sg.iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan