Lebih 300 sahut program pemerintah belajar selok-belok dunia keusahawanan
Lebih 300 individu sudah mendaftarkan diri bagi program diterajui pemerintah yang membimbing mereka dalam selok-belok alam keusahawanan.
SINGAPURA: Lebih 300 individu sudah mendaftarkan diri bagi program diterajui pemerintah yang membimbing mereka dalam selok-belok alam keusahawanan.
Sejak dimulakan enam bulan lalu, separuh daripada mereka sudah selesai mengikuti program itu dengan empat daripada lima sudah memulakan perniagaan dalam bidang kesihatan dan teknologi pendidikan.
Sebahagian daripada mereka membentangkan idea perniagaan kepada para bakal pelabur dalam satu acara pada Selasa (23 Feb).
Ia termasuk huraian realiti maya untuk mengajar para pekerja perubatan dan laman web untuk menempah ruang kerja bersama.
Di bawah Program Bina Keusahawanan Pengasas Syarikat Pemula SG, usahawan baru itu dilatih mengenai cara mendapatkan dana, maklum balas dan bimbingan daripada usahawan mapan.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata penubuhan lebih banyak syarikat pemula akan menarik modal dan bakat global untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.