Lebih 300 pertubuhan di S'pura ikrar lakukan tindakan mesra alam
Lebih 300 anak pokok ditanam di Fort Siloso, Sentosa hari ini (27 Okt) sempena Hari Tindakan Alam Sekitar atau 'Eco Action Day'.
SINGAPURA: Lebih 300 anak pokok ditanam di Fort Siloso, Sentosa hari ini (27 Okt) sempena Hari Tindakan Alam Sekitar atau 'Eco Action Day'.
Jumlah anak pokok yang ditanam mewakili bilangan pertubuhan yang berikrar dan membuat sumbangan kepada tindakan iklim.
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli turut menanam sebatang anak pokok.
Kempen tahunan ini anjuran syarikat Jepun, Ricoh, diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia bertujuan meningkatkan lagi kesedaran terhadap perubahan iklim dan pengeluaran gas karbon di kalangan sektor rakyat, awam dan swasta.
Bagi kempen tahun ini lebih 300 pertubuhan, 17 buah sekolah dan 1,200 individu sudah berikrar melakukan tindakan mesra alam bagi kemampanan Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.