Skip to main content

Singapura

Lebih 300 kereta bantu hantar makanan & derma untuk Food Bank SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Oct 2022 05:54PM Dikemas Kini : 15 Oct 2022 08:44PM
SINGAPURA: Satu badan kebajikan tempatan berusaha mencari dana bagi menangani masalah kelaparan.

Dalam usaha tersebut, Food Bank Singapore mendapat sokongan pelbagai kelab kenderaan di Singapura.

Sepanjang hujung minggu ini, badan itu ingin mengumpulkan derma makanan sehingga 50 tan, selain mengumpulkan $50,000.

Sekitar 300 kereta dari pelbagai kelab dan konvoi kereta ikut serta semasa pelancaran projek 'Driving Hunger Away' pada Sabtu (15 Okt).

Mereka akan membantu mengedarkan sekitar 1,600 bungkusan makanan serta menghantar sumbangan derma kepada rakan kongsi projek tersebut, termasuk Salvation Army dan Care Corner.

Food Bank Singapore berjaya melibatkan badan-badan serupa di rantau ini untuk menganjurkan kempen masing-masing.

Menurutnya, usaha sedemikian semakin genting memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita perlu ingat, akibat inflasi, setiap dolar bermakna jumlah makanan yang dapat dibeli untuk diagihkan semakin kurang. Jadi untuk setiap dolar, kami perlu pastikan tiada pembaziran berlaku, atau tidak memberikan bantuan berulang kepada orang yang sama," ujar pengasas bersama Food Bank Singapore, Nichol Ng.

Dalam menekankan peri pentingnya bagi usaha sebegitu dilaksanakan dengan teliti, Encik Ng menjelaskan bahawa ia adalah supaya setiap orang dapat dibantu, dan mendapat peluang untuk menerima bantuan yang diperlukan.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita