Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 300 keluarga memerlukan di Choa Chu Kang terima pek bantuan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 315 isi rumah di flat-flat sewa Choa Chu Kang menerima beg cenderahati berisi barang keperluan dapur.

Selain pek bantuan yang diberikan CDC Barat Laut, firma-firma privet turut menjayakan inisiatif itu dengan menghadiahkan baucar runcit dan barangan rumah seperti periuk nasi dan katil kepada mereka yang memerlukan.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif pengagihan tahunan CDC Barat Laut untuk membawa keceriaan sempena musim perayaan kepada lebih 20,000 penduduk yang tinggal di flat sewa kawasan itu.

Sekitar 1,200 sukarelawan daripada 60 badan korporat dan masyarakat turut menyertai kempen selama tiga minggu ini yang bakal berakhir pada minggu depan.

Sumber : CNA/IA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan