Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 300 individu sertai ujian NUHS bagi kaji huraian capai usia panjang

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Sep 2022 08:35PM Dikemas Kini : 07 Sep 2022 08:41PM
SINGAPURA: Menggunakan imbasan canggih dan imej 3D untuk mengukur usia tubuh seseorang.

Demikian yang boleh dilakukan di Pusat Kesihatan Lanjut Usia NUHS, yang juga mengkaji huraian bagi mencapai panjang usia.

Sekali pandang, pusat tersebut kelihatan seperti gimnasium. Namun, ia sebenarnya memiliki beberapa stesen ujian, yang dapat mendedahkan tahap kesihatan organ seseorang itu.

Malah, terdapat sebuah mesin dipanggil pengukur AGE yang mampu mengukur organ seseorang seperti kulit, dengan menggunakan pancaran ultraungu.

Sementara itu, terdapat sebuah alat pula yang membuat peta 3D bagi wajah seseorang untuk membuat anggaran mengenai usia biologi seseorang.

Ia boleh mengesan kesihatan saluran darah seseorang menerusi satu prosedur, di mana denyutan dilepaskan.

Para saintis kemudian memeriksa kepantasannya bergerak dari leher hingga ke paha pesakit.

Jika ia perlahan, bermakna mungkin salurannya tersumbat.

Menerusi mesin-mesin sedemikian, pusat tersebut menjalankan satu kajian penting untuk menganalisa status kesihatan demografi berbeza di Singapura.

Lebih 300 orang sejauh ini diambil untuk menjadi peserta ujian.

"Saya ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik. Jadi dari situ saya rasa saya perlu membuat perubahan mengetahui keadaan kesihatan diri saya sendiri, membuat perubahan yang sesuai. Jadi dengan melalui kajian ini, saya dapat tahu lebih baik tentang kesihatan diri saya dan bagaimana, apa perubahan yang perlu saya lakukan dari segi pemakanan, dari segi gaya hidup saya." kata seorang peserta kajian, Cik Suzana Aboo Bakar.

Menurut Dr Goh Jor Ming, Penolong Profesor Kajian, kajian dilakukan berdasarkan tiga kaum utama Singapura - Cina, Melayu dan India, untuk meninjau perubahan gaya hidup, persamaan di antara kaum tersebut ataupun nuansa dari segi usia biologi mereka.

Sekurang-kurangnya 10 kajian lain juga sedang dijalankan termasuk meninjau jangka hayat seseorang dan bagaimana melanjutkannya.

Pasukan tersebut turut menggunakan Kecerdasan Buatan(AI) untuk mengkaji intensiti senaman yang optimal bagi orang dewasa demi melanjutkan usia mereka.
Sumber : CNA/DA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan