Lebih 300 anggota keluarga enam generasi beraya bersama

Kesemua generasi KMZ. (Gambar: KMZ)
Pada Ahad (27 April), lebih 300 anggota keluarga dari enam generasi berkumpul untuk mengeratkan ukhwah dan memperkukuhkan hubungan sesama mereka.
Acara yang berlangsung di dewan Istana 4, Kinex Mall itu merupakan yang keempat dan terbesar pernah dianjurkan oleh Keluarga Muhibah Zainulabidin (KMZ).
Ia bertujuan untuk memperkukuh ikatan ukhwah dalam suasana perjumpaan yang penuh bermakna di penghujung Syawal.
Kali terakhir perjumpaan Hari Raya berskala besar dianjurkan adalah pada 2017.
Sambil menikmati hidangan, majlis itu memberi peluang kepada anggota keluarga, terutamanya generasi muda, untuk mengeratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.
RAPATKAN TALI PERSAUDARAAN DAN SILATURAHIM
Menurut Sofia Rahmad, generasi kelima Keluarga Muhibah Zainulabidin (KMZ), perjumpaan Hari Raya itu amat bermakna baginya.

Sambil menikmati hidangan, majlis itu memberi peluang kepada anggota keluarga, terutamanya generasi muda, untuk mengeratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.
RAPATKAN TALI PERSAUDARAAN DAN SILATURAHIM
Menurut Sofia Rahmad, generasi kelima Keluarga Muhibah Zainulabidin (KMZ), perjumpaan Hari Raya itu amat bermakna baginya.
"Perjumpaan ini memberi saya peluang untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga yang jarang saya jumpa, lebih-lebih lagi ia ditangguhkan lima tahun lalu kerana COVID-19," kongsi Sofia, yang berusia 17 tahun.

"Saya sangat gembira dan sangat dialu-alukan kerana perjumpaan ini adalah satu majlis untuk menyambung silaturahim dan dapat berjumpa dengan semua anak-anak, tua, muda, kecil, besar boleh berkenalan darah daging keturunan kita," ujar Cik Zoharah.
Mengenai generasi muda dalam keluarganya, beliau berharap perjumpaan Hari Raya sebegitu akan diteruskan untuk menyuntik semangat baharu dalam hubungan kekeluargaan.
Bagi memastikan setiap anggota keluarga Allahyarham Zainulabidin Naina Marican tercatat, susur galur mereka turut dikemaskini buat kali ketiga.
"Susur galur sangat penting kerana ia mengingatkan kita dari mana asal usul kita dan kedudukan kita sebagai ahli keluarga KMZ," kata pengerusi KMZ, Encik Kamaruddin bin Abdul Majeed.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.