Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 30% rakyat SG bimbang hilang pekerjaan dalam tempoh 3 bulan akan datang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jan 2025 09:51PM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 09:53PM
SINGAPURA: Lebih 30 peratus rakyat Singapura bimbang bakal kehilangan pekerjaan mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Demikian menurut dapatan sebuah tinjauan yang dilakukan gerakan buruh negara NTUC.

Meskipun perangkaan itu lebih rendah berbanding 40 peratus yang dicatat tahun lalu, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata, adalah penting untuk mengambil tindakan proaktif dan meningkatkan inovasi serta transformasi perniagaan.

Antara usaha terbaharu adalah sebuah program pementoran di mana pekerja di pelbagai peringkat kerjaya, daripada graduan muda hinggalah golongan karyawan, boleh mendapatkan bantuan daripada lebih 1,100 pembimbing.

Ini penambahan kepada rangkaian usaha sedia ada seperti pembimbing kerjaya maya yang dijana Kecerdasan Buatan (AI).

Alat-alat digital ini boleh dengan pantas menganalisis biodata pekerja, mengenal pasti jurang kemahiran dan menyarankan kursus-kursus relevan.

Ini agar pemohon kerja boleh menyiapkan diri dengan lebih baik lagi bagi merebut peluang baharu.

Encik Ng berkata: "Saya seru kita ambil langkah proaktif, dan NTUC sudahpun melakukannya malah lima tahun lalu apabila kami lakukan tinjauan ke atas landskap industri 4.0, bahawa teknologi-teknologi baharu akan mengganggu industri-industri.

"Ia akan bangkitkan rasa kebimbangan yang tinggi, tetapi juga membuka peluang-peluang baharu untuk negara kecil seperti Singapura mengambil kesempatan ke atas teknologi tersebut. "
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan