Lebih 30 militan terbunuh akibat serangan balas tentera Rusia
Tentera udara Rusia melancarkan serangan balas dan membunuh lebih 30 militan setelah sebuah pesawatnya ditembak pihak pemberontak Syria di wilayah Idlib semalam (3 Feb).
RUSIA: Tentera udara Rusia melancarkan serangan balas dan membunuh lebih 30 militan setelah sebuah pesawatnya ditembak pihak pemberontak Syria di wilayah Idlib semalam (3 Feb).
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan pesawat Su-25 itu ditembak menggunakan sistem peluru berpandu mudah alih darat ke udara.
Juruterbangnya sempat keluar dari pesawat Su-25 yang ditembak itu tetapi Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan beliau kemudian ditangkap dan dibunuh pihak militan.
Perikatan pemberontak Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) mengaku menembak pesawat Rusia itu tetapi tidak pula menyebut tentang nasib juruterbangnya.
HTS menyatakan pesawat tersebut ditembak kerana ia membedil konvoi kenderaan yang membawa orang-orang awam di sebatang lebuh raya utama, membunuh tujuh orang dan mencederakan ramai yang lain.
Perikatan pemberontak itu disertai banyak kumpulan yang pernah bersekutu dengan al-Qaeda.
Ia menguasai Idlib dan sedang giat menangkis serangan dari tentera pemerintah Syria yang dibantu pihak Rusia.
Sejak Rusia menyertai perang di Syria dalam tahun 2015, pihak pemberontak telah kehilangan penguasaan di hampir semua kawasan ramai penduduk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.