Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 30% kedai kopi di S'pura dapat pentauliahan 'SG Clean'

Lebih 30 peratus kedai kopi di negara ini sudahpun menerima pentauliahan 'SG Clean' sepanjang lima bulan lalu iaitu antara Februari hingga Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2020 06:53PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 09:01PM

SINGAPURA: Lebih 30 peratus kedai kopi di negara ini sudahpun menerima pentauliahan 'SG Clean' sepanjang lima bulan lalu iaitu antara Februari hingga Jun.

Namun, Majlis Kebersihan Awam (PHC) menyeru para pengendali kedai kopi untuk meningkatkan tahap kebersihan awam sedang ia melaksanakan inisiatif pencegahan virus "Keep Viruses at Bay".

PHC kini bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menyediakan latihan kepada para pemilik kedai kopi bagi membantu mereka mendapatkan pensijilan 'SG Clean'.

Ini setelah kajian yang dijalankan oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menunjukkan tandas-tandas di kedai-kedai kopi adalah lebih kotor berbanding di pusat-pusat penjaja.

PHC juga menyarankan agar pemerintah menawarkan geran untuk membantu para pengendali kedai kopi meningkatkan kemudahan di premisnya.

Terdapat sekitar 1,100 kedai kopi di merata Singapura dan PHC menyasar untuk memastikan agar kesemuanya mendapat pentaulihan SG Clean. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan