Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3 juta orang kunjungi Bazar Geylang Serai

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3 juta orang kunjungi Bazar Geylang Serai

(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)

Diterbitkan : 14 Apr 2023 12:44PM Dikemas Kini : 14 Apr 2023 12:52PM
SINGAPURA: Jumlah pengunjung ke Bazar Geylang Serai sudah mencecah lebih tiga juta orang setakat Khamis (13 Apr).

Perangkaan terkini itu dikongsi oleh Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan yang dimuat naik ke Facebook beliau pada Jumaat (14 Apr).

Bazar Geylang Serai 2023 merangkumi kawasan dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex, termasuk Haig Road dan Joo Chiat Complex.
"Semasa mengunjungi Bazar Geylang Serai, saya juga berbual-bual dan beramah mesra dengan para pengunjung yang memberitahu saya bahawa mereka sudah beberapa kali datang ke sini - sama ada untuk membeli juadah berbuka puasa, membeli-belah atau setakat bersiar-siar dengan rakan-rakan dan keluarga mereka," tulis Dr Faishal.

"Lebih 3 juta sudah mengunjungi Bazar Geylang Serai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung - baik yang kerap ke sini mahupun yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bazar ini. Terima kasih atas sokongan anda semua."

Sebelum mengakhiri catatannya itu, Dr Faishal berkata: "Bagi mereka yang belum lagi datang ke sini, cuma tinggal lagi seminggu saja!"

Dalam laporan sebelum ini, WGS telah memberitahu BERITAmediacorp bahawa bilangan pengunjung ke bazar itu melebihi 350,000 orang pada hujung minggu pertama Ramadan tahun ini.

Ini meskipun terdapat kebimbangan di peringkat awal bahawa penjualan di Bazar Geylang Serai tidak begitu rancak setelah bazar-bazar baru dibuka kelak dan kadar sewa yang tinggi turut membimbangkan para peniaga dan pegerai Bazar Geylang Serai.

Sebilangan pegerai bagaimanapun berasa optimis bahawa penjualan akan meningkat mulai separuh kedua Ramadan.
Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan