Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3 jam seberang Koswe; ramai pulang ke M'sia sambut Tahun Baru Cina

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perjalanan menyeberang Koswe mengambil masa lebih daripada tiga jam semasa waktu kemuncak pada siang Sabtu (21 Jan). 

Ramai yang tidak menghiraukan kesesakan di pusat pemeriksaan agar dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka, pada saat-saat akhir.

Ada yang bersama keluarga untuk kali pertama sejak pandemik.

Sepanjang perjalanan ke seberang tambak pada awal Sabtu, kelihatan kenderaan beratur panjang untuk masuk ke Johor.

Ramai merupakan mereka yang ingin pulang ke Malaysia untuk acara makan malam atau 'reunion dinner' bersama keluarga, atau sekadar berkunjung sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Ahad (22 Jan). 

Namun mereka terpaksa mengambil masa purata lebih tiga jam bagi perjalanan di antara dua pusat pemeriksaan di koswe.

Keadaannya tidak terlalu jauh berbeza bagi yang memilih untuk menggunakan  pengangkutan awam.

Di Pusat Pemeriksaan Woodlands, orang ramai berduyun-duyun turun dari deretan bas dan kereta, menuju ke kaunter-kaunter imigresen. 

Bagi memudahkan urusan perjalanan, pihak berkuasa Singapura sudahpun mengerahkan pegawai serta sumber yang secukupnya bagi menangani lonjakan jumlah pengunjung.

Pelbagai pesanan telah turut dikeluarkan sebelum ini, termasuk mengingatkan para pemandu agar mengelakkan memintas lorong lain atau membahayakan keselamatan para pengguna lain.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan