Skip to main content

Singapura

Lebih 3.6 juta pelitup guna semula 'lebih baik' sudah diambil

Lebih daripada 3.6 juta pelitup guna semula baru yang "lebih baik" sudah diambil oleh penduduk Singapura, dengan tempoh pengambilan berakhir pada Ahad ini (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3.6 juta pelitup guna semula 'lebih baik' sudah diambil

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing cuba mesin layan diri bagi pengambilan pelitup guna semula 'lebih baik'. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 Jun 2020 07:11PM Dikemas Kini : 12 Jun 2020 07:17PM

SINGAPURA: Lebih daripada 3.6 juta pelitup guna semula baru yang "lebih baik" sudah diambil oleh penduduk Singapura, dengan tempoh pengambilan berakhir pada Ahad ini (14 Jun).

Persatuan Rakyat (PA) menyatakan pada Jumaat (12 Jun) bahawa sekitar 30 peratus pelitup diambil daripada mesin layan sendiri 24 jam manakala bakinya diambil daripada kaunter-kaunter pengambilan pelitup di kelab-kelab masyarakat (CC) dan pusat jawatankuasa penduduk (RC).

"Mereka yang memerlukan pelitup guna semula namun belum mengambilnya harus berbuat demikian selewat-lewatnya pada pukul 6:00 petang, Ahad (14 Jun) menerusi mesin layan sendiri 24 jam," menurut PA.

Para penduduk dengan kad pengenalan yang sah boleh mengambil satu pelitup seorang dan memilih daripada dua saiz iaitu saiz kanak-kanak atau dewasa. Mereka juga boleh memeriksa bekalan pelitup di mesin-mesin layan sendiri menerusi laman MaskGoWhere.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh mengunjungi kaunter pengambilan pelitup.

"Dengan lebih ramai orang kembali bekerja di tempat kerja atau menyertai kegiatan sosial, risiko berlaku jangkitan dalam masyarakat juga meningkat. Oleh itu, sebagai perlindungan, setiap orang harus terus memakai pelitup apabila keluar rumah," menurut PA.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita