Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3,270 kambing korban JKMS ditempah setakat ini, melepasi sekitar 2,950 yang ditempah tahun lalu

Dengan tinggal empat hari sebelum pendaftaran kambing korban di masjid-masjid tempatan ditutup pada 13 Jul ini, lebih 3,270 ekor kambing korban sudahpun ditempah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3,270 kambing korban JKMS ditempah setakat ini, melepasi sekitar 2,950 yang ditempah tahun lalu

Gambar fail kambing korban. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Dengan tinggal tiga hari sebelum pendaftaran kambing korban di masjid-masjid tempatan ditutup pada 13 Jul ini, lebih 3,270 ekor kambing korban sudahpun ditempah.

Ini bermakna lebih banyak kambing korban ditempah menerusi masjid-masjid tempatan bagi Hari Raya Haji tahun ini berbanding tahun lalu.

Perangkaan terkini tempahan kambing korban itu dikongsi Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) kepada BERITAmediacorp pada Jumaat (9 Jul).

Pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu, sekitar 2,950 ekor kambing ditempah menerusi JKMS.

Tempahan tahun ini naik meskipun harga kambing lebih mahal iaitu antara $320 hingga $370 seekor, berbanding antara $300 hingga $330 pada tahun lalu.

BEKALAN HABIS DITEMPAH DI 8 MASJID

JKMS turut memberitahu BERITAmediacorp bahawa pendaftaran di lapan buah masjid juga sudah ditutup selepas bekalan kambingnya habis ditempah. Masjid-masjid ini terdiri daripada Masjid An-Nur, Al-Mawaddah, Al-Iman, Al-Khair, Al-Mukminin, Assyakirin, Darussalam dan Maarof.

Bekalan kambing korban sebenarnya masih "banyak lagi" terdapat di Masjid Sallim Mattar, Abdul Aleem Siddique dan Abdul Gafoor, menurut wakil Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Kesemuanya 43 masjid masih mempunyai bekalan kambing yang boleh ditempah.

Kami diberitahu bahawa tahun ini lebih 6,270 ekor kambing ditawarkan kesemuanya oleh pihak JKMS. Bermakna, memang masih banyak kambing yang boleh ditempah, iaitu sekitar 3,000 ekor.

Buat tahun kedua berturut-turut, pelaksanaan ibadah korban di Singapura perlu diubah suai ekoran pandemik COVID-19.

Penyembelihan kambing korban bagi Hari Raya Aidiladha dijalankan di Australia dan daging yang dibekukan dihantar ke sini untuk diagihkan oleh masjid kepada golongan yang layak menerimanya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa