Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3,000 peluang kerja kini disediakan bagi Tenaga Kerja S'pura

Lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan kini disediakan bagi Tenaga Kerja Singapura menerusi portal pekerjaan online. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2020 09:37PM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 10:29PM

SINGAPURA: Lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan kini disediakan bagi Tenaga Kerja Singapura menerusi portal pekerjaan online.

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo mengumumkannya hari ini (27 Mac) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pekerjaan SGUnited yang bertujuan menyediakan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan pada tahun depan.

70 hingga 80 peratus daripada senarai pekerjaan itu berbentuk kontrak, sementara pekerjaan lain yang ditawarkan dalam bentuk komitmen jangka panjang.

Meskipun begitu, Cik Teo berkata ada kemungkinan kerja kontrak itu akan bertukar menjadi pekerjaan jangka masa panjang.
Cik Teo turut menekankan tentang kepentingan pekerjaan jangka pendek sebegitu dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

Bagi membantu para lulusan baru universiti pula, satu program latihan SGUnited yang baru sahaja dilancarkan akan menyediakan peluang latihan dalam semua sektor.

Dalam pada itu, Persatuan Perniagaan Singapura akan memainkan peranan memadankan majikan yang masih mahu mengambil pekerja baru dengan mereka yang sedang mencari kerja. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan