Skip to main content

Singapura

Lebih 28kg kokain ditemukan dalam kapal asing yang singgah di perairan SG

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 28kg kokain ditemukan dalam kapal asing yang singgah di perairan SG

Pek-pek kokain yang dirampas dari sebuah kapal berdaftar asing yang melintasi perairan Singapura. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 25 Aug 2026 10:12PM
  • Polis Pengawal Pantai Singapura menerima maklumat tentang bungkusan mencurigakan di atas kapal asing pada 21 Ogos.
  • Pemeriksaan mendapati dua bungkusan berisi lebih 28 kilogram kokain tersembunyi dalam penapis saluran masuk air laut kapal tersebut.
  • Biro Narkotik Pusat mengambil alih kes dan mengesahkan dadah itu, dengan siasatan awal menunjukkan ia bukan untuk pasaran Singapura.
  • Pihak berkuasa sedang menyiasat lanjut, dan mengingatkan hukuman berat di bawah undang-undang dadah Singapura.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Lebih 28 kilogram kokain ditemukan di atas sebuah kapal asing yang melalui perairan Singapura.

Menurut kenyataan polis pada Selasa (25 Ogos), para pegawai daripada Polis Pengawal Pantai (PCG) dimaklumkan pada 21 Ogos mengenai bungkusan mencurigakan di atas kapal berkenaan.

Bertindak berdasarkan maklumat itu, mereka menaiki kapal dan menjalankan pemeriksaan. Mereka menemukan dua bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah terkawal, disembunyikan di dalam penapis saluran masuk air laut yang menapis bahan kotoran daripada air laut yang diambil masuk ke dalam kapal.

Biro Narkotik Pusat (CNB) mengambil alih kes itu dan kemudian mengesahkan bahawa kedua-dua bungkusan tersebut mengandungi lebih 28 kilogram kokain, kata polis.

Siasatan awal menunjukkan dadah itu bukan untuk pasaran Singapura.

Mediacorp sudah pun menghubungi CNB untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai negara di mana kapal berkenaan didaftarkan dan siasatan sedang dijalankan.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, mengimport atau mengeksport lebih 30 gram kokain membawa hukuman mati mandatori.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita