Lebih 280 vape, Kpod dirampas dalam serbuan ke atas tempat hiburan malam SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 280 alat pengewap elektronik atau vape dirampas semasa serbuan ke atas tempat hiburan malam pada Jumaat (15 Ogos) sebagai sebahagian daripada operasi penguatkuasaan yang diketuai oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
Lebih 115 orang, berumur antara 17 dengan 61 tahun, ditangkap kerana kesalahan berkaitan vape semasa operasi penguatkuasaan tersebut, kata jurucakap HSA pada Sabtu (16 Ogos).
Lima daripada mereka didapati memiliki vape yang disyaki mengandungi etomidate, atau Kpod, dan lapan pod yang disyaki mengandungi etomidate juga dirampas.
Etomidate adalah ubat bius yang bertindak pantas, yang digunakan dalam prosedur perubatan. Namun, ia menjadi berbahaya apabila digunakan di luar kawalan perubatan.
Sebilangan wartawan turut hadir dalam dua serbuan pada awal Sabtu, meliputi kelab-kelab yang terletak dalam pusat beli-belah di Coleman Street.
Di lokasi pertama, para pegawai menangkap empat orang dan merampas 18 vape. Daripada jumlah ini, empat disyaki mengandungi etomidate.
Dua suspek ditahan di bilik berasingan apabila para wartawan tiba di tempat kejadian. Kedua-dua mereka - seorang lelaki dan seorang wanita - membelakangi dan menyembunyikan muka mereka daripada wartawan.
Vape yang ditemui pada mereka diletakkan di atas meja di hadapan mereka.
Para pegawai juga menangkap lima orang lain dan merampas sembilan vape di kelab kedua.
Salah seorang yang ditangkap dilihat bercakap dengan para pegawai. Seorang lagi menutup mukanya selepas melihat kamera pihak media.
Bercakap kepada wartawan selepas dua serbuan itu, Superintenden Polis Esther Koh, yang merupakan ketua operasi di Bahagian Polis Pusat, berkata: "Kami akan terus bekerjasama dengan agensi lain untuk membanteras kegiatan haram dan menyokong usaha HSA untuk menghapuskan penggunaan vape."
Penggunaan vape adalah haram di Singapura. Di bawah Akta Tembakau, pemilikan, penggunaan atau pembelian vape membawa denda maksimum S$2,000. Mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan penjualan vape serta komponennya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Varian Kpod, khususnya, menjadi tumpuan baru-baru ini.
Pihak berkuasa berkata pada Khamis bahawa lima orang didakwa atas penjualan atau mengimport Kpod, manakala 65 kes lain yang melibatkan pemilikan, penjualan atau mengimport Kpod sedang disiasat oleh HSA.
Di bawah Akta Racun, mereka yang didapati bersalah memiliki, mengimport atau menjual pod yang mengandungi etomidate boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum S$10,000.
Menurut pihak berkuasa, tidak lama lagi etomidate akan disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
TANDA-TANDA MELARANG VAPING DI TEMPAT HIBURAN MALAM
Secara berasingan, HSA menyatakan bahawa tempat hiburan malam akan memaparkan papan tanda yang tertera peringatan bahawa "Vaping dilarang" secara terang-terangan di pintu masuk dan dalam premis mereka.
Ia adalah sebahagian daripada kerjasama dengan Persatuan Perniagaan Tempat Hiburan Malam Singapura (SNBA) untuk mengingatkan pengunjung bahawa penggunaan vape menyalahi undang-undang dan untuk melaporkan kesalahan berkaitan vape di tempat hiburan malam, menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Papan-papan tanda juga akan memaparkan kod QR yang dihubungkan ke portal pelaporan online HSA untuk pengunjung dan kakitangan melaporkan kegiatan, seperti penggunaan atau pembekalan vape yang menyalahi undang-undang.
"Untuk menunjukkan toleransi sifar terhadap penggunaan vape, tempat hiburan malam juga digesa agar melarang pengunjung yang didapati memiliki atau menggunakan vape daripada memasuki premis mereka," tambah HSA.
Ketua pegawai eksekutif HSA, Profesor Madya Raymond Chua, berkata bahawa bekerjasama dengan rakan industri seperti SNBA membantu mengukuhkan pencegahan di peringkat akar umbi dan menjadi bahagian penting dalam strategi agensi itu untuk memerangi penggunaan vape.
"Penggunaan vape tiada tempat dalam kehidupan seharian, termasuk dalam arena hiburan malam Singapura. Semua tempat hiburan malam harus bekerjasama dengan kami untuk memastikan tempat mereka bebas vape dan melaporkan sebarang kegiatan haram kepada pihak berkuasa," kata Dr Chua.
Encik Danny Loong, presiden SNBA, berkata bahawa persatuan itu komited untuk bekerjasama rapat dengan HSA untuk memastikan tempat hiburan malam kekal selamat, bertanggungjawab, dan mematuhi undang-undang.
"Dengan menyokong inisiatif ini dan menjadikan saluran pelaporan mudah diakses, kami berharap dapat melindungi kesihatan pengunjung dan kakitangan kami, serta menyajikan pengalaman hiburan malam yang positif untuk semua."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.