Lebih 2,600 peserta giat buat persiapan bagi NDP 2026
Lebih 2,600 peserta sedang giat menjalani latihan bagi menjayakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 di Stadium Negara. (Gambar: Mediacorp)
Persiapan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu melibatkan pelbagai persembahan termasuk penampilan maskot gergasi yang dikendalikan oleh anggota Perkhidmatan Negara.
Turut memeriahkan sambutan tahun ini ialah pelakon Gurmit Singh yang kembali membawakan watak ikonik Phua Chu Kang.
Atlet negara Artyom Lukasevits turut akan membuat penampilan khas dalam perbarisan itu.
Beliau berkata peluang menyertai NDP amat bermakna kerana pernah menyaksikan persembahan pratonton ketika di bangku sekolah rendah.
Menurut Artyom, pelibatan atlet dalam NDP diharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.
Segmen Perarakan Rakyat pula akan mengetengahkan rakyat Singapura yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Antara peserta yang terlibat ialah pengarang dan pejuang kepelbagaian serta inklusif, Far'ain Jaafar.
Beliau berkata nilai kepelbagaian dan inklusif yang diterapkan dalam hasil penerbitannya turut akan dipaparkan menerusi persembahan NDP tahun ini, yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.