Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 250,000 penduduk Barat Laut SG digalak manfaatkan rangkaian kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Dec 2022 06:01PM Dikemas Kini : 11 Dec 2022 09:43AM

SINGAPURA: Lebih 250,000 penduduk daerah Barat Laut Singapura bakal meraih manfaat daripada satu rangkaian jagaan yang ingin memastikan mereka kekal sihat.

Buat permulaan, ia akan membawa khidmat pemeriksaan kesihatan lebih dekat kepada penduduk Woodlands.

Ia berharap mendekati sekitar 800 penduduk menerusi sesi pemeriksaan darah dan bimbingan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan tersebut akan diadakan setiap bulan di salah satu pos kesihatan masyarakat Woodlands. 

Khidmat tersebut adalah percuma bagi pemegang kad Generasi Perintis.

Jika masalah kesihatan dikesan, mereka akan dirujuk kepada doktor keluarga untuk pemeriksaan lanjutan.

Menurut Woodlands Health, kebanyakan warga yang diberi rujukan, telahpun menemui doktor mereka.

Anggota Parlimen GRC Sembawang, Poh Li San berkata, usaha mendekati masyarakat seperti kunjungan rumah ke rumah, penting bagi memastikan penduduk kekal sihat.

Ini terutama bagi warga senja yang hidup sebatang kara dan keberatan untuk mendapatkan rawatan.

"Ini soal perubahan minda. Kita perlu ubah pesanan kita. Kini bukan lagi soal 'jika saya tidak tahu apa-apa, saya tidak perlu bimbang'. Sekarang, anda harus buat pemeriksaan awal, ketahui masalah yang dihadapi, dan segera jalani rawatan," kata Cik Poh.

"Anda tidak perlu lagi bimbang tentang kehidupan anda seterusnya. Jadi, ini lebih kepada mendorong mereka mengambil tanggungjawab ke atas diri dan kesihatan mereka dari sudut pandang yang berbeza," tambah Cik Poh.

Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan