Skip to main content

Singapura

Lebih 250,000 orang bakal raih manfaat daripada suntikan dana digital kebangsaan S$3 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 250,000 orang bakal raih manfaat daripada suntikan dana digital kebangsaan S$3 juta

Pejabat DBS di Singapura. (Gambar: Roslan RAHMAN / AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2025 07:34PM Dikemas Kini : 04 Aug 2025 07:36PM
SINGAPURA: Lebih 250,000 warga emas dan individu berkeperluan khas di Singapura akan meraih manfaat daripada suntikan baharu S$3 juta kepada dana digital kebangsaan, bagi menyertai bengkel-bengkel mengenai perbankan harian dan kecerdasan buatan generatif (AI Generatif).

Ia sebahagian daripada kerjasama baharu selama tiga tahun antara bank terbesar Singapura DBS dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, DBS akan memulakan sesi-sesi bagi warga emas mempelajari cara-cara pembayaran digital.

Mereka juga akan bekerjasama untuk menghasilkan kursus AI yang baharu.

Ia akan diajar dalam 1,000 bengkel di seluruh negara.

Kakitangan DBS pula akan membantu mengendalikan bengkel-bengkel tersebut.

Dalam satu bengkel pada Isnin (4 Ogos), Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital Jasmin Lau berkata ini menjadikan jumlah rakan kongsi dalam pergerakan ini melebihi 300.

Beliau berkata: "AI Generatif kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, dan sangat menyenangkan melihat warga emas belajar, bukan sekadar belajar tentang apa itu AI Generatif, tetapi belajar cara menggunakannya untuk memperkaya kehidupan seharian.
Nikmatinya, tetapi juga gunakannya dengan selamat dan yakin.

"Jadi saya berharap lebih ramai rakyat Singapura akan memanfaatkan alat-alat ini. Jangan takut dengan teknologi digital, dan belajarlah cara menggunakannya dengan cara yang paling sesuai."
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita