Lebih 25,000 rakyat SG sudah guna tokokan pertengahan kerjaya SkillsFuture
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslan Rahman/AFP
SINGAPURA: Lebih 25,000 rakyat Singapura yang menerima tokokan S$4,000 dalam kredit SkillsFuture tahun lalu sudah menggunakannya, menurut Menteri Negara bagi Pendidikan merangkap Tenaga Kerja, Gan Siow Huang pada Rabu (8 Jan).
Pada Mei 2024, rakyat Singapura yang berumur 40 tahun ke atas menerima tokokan S$4,000 dalam kredit SkillsFuture. Rakyat Singapura yang lebih muda akan menerima jumlah yang sama apabila mereka mencapai umur 40 tahun.
Menjawab soalan di parlimen, Cik Gan berkata bahawa antara Mei dengan November 2024, bidang latihan yang paling popular adalah dalam teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk kemahiran seperti pemasaran digital dan visualisasi data.
Kursus dalam keselamatan dan penyiasatan, serta perdagangan borong dan runcit, juga popular, tambahnya. Lebih 7,000 kursus layak untuk digunakan dengan kredit pertengahan kerjaya sebanyak S$4,000.
Institusi pengajian tinggi dan penyedia latihan swasta seperti NTUC LearningHub adalah antara penyedia latihan terkemuka, kata Cik Gan.
Sejak pelancaran program SkillsFuture, kadar penyertaan latihan individu, termasuk mereka yang ditaja oleh majikan mereka, telah meningkat daripada 35 peratus pada 2015 kepada kira-kira 50 peratus pada 2022.
Sehingga Mac 2024, kira-kira satu dalam tiga rakyat Singapura telah menggunakan kredit SkillsFuture mereka. Hampir 40 peratus rakyat Singapura yang berumur 30-an telah menggunakan kredit asas S$500 mereka, berbanding dengan 25 peratus bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada masa itu.
SkillsFuture Singapore "cukup berhati-hati” dalam memilih 7,000 kursus yang layak untuk digunakan dengan kredit pertengahan kerjaya, kata Cik Gan.
Ini adalah kursus yang diketahui memberikan hasil pengambilan kerja yang lebih baik, dinilai melalui maklum balas daripada majikan, serta individu yang telah mengikuti kursus tersebut yang melaporkan bahawa ia membantu dalam kemajuan kerjaya mereka, tambahnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.