Lebih 2,500 penghisap vape diberkas antara Jan-Mac 2026; 377 hisap vape dibubuh etomidate
Anggaran Waktu Membaca:
- MOH dan HSA melaporkan 2,589 individu ditahan kerana memiliki atau menggunakan vape dalam suku pertama 2026, termasuk 377 kes vape dibubuh etomidate.
- 256 pesalah ditempatkan dalam program pemulihan, menjadikan 520 peserta sejak penguatkuasaan dipertingkatkan pada September 2025; 123 berjaya tamat, manakala 28 gagal dan 42 masih disiasat.
- Lebih 36,000 vape dan komponen dirampas di pusat pemeriksaan Singapura, dengan 24 cubaan seludup digagalkan; 11 penyeludup didakwa dan 13 penjual masih disiasat.
- HPB dan MOE melaksanakan projek kaunseling maya di sekolah menengah mulai Mac 2026, serta lebih 270 belia menerima kaunseling untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
SINGAPURA: Seramai 2,589 orang diberkas dan dikenakan tindakan kerana memiliki dan menggunakan vape dalam tiga bulan pertama 2026, termasuk 377 pesalah yang menggunakan vape dibubuh etomidate.
Daripada jumlah itu, 256 orang ditempatkan dalam program pemulihan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataan medianya pada Isnin (4 Mei).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang mengikuti program pemulihan kepada seramai 520 orang sejak tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan berkuat kuasa 1 September 2025.
MOH dan HSA menyatakan seramai 123 pesalah berjaya menamatkan program mereka, manakala 28 yang gagal mematuhinya sedang menjalani prosiding mahkamah, dengan siasatan masih dijalankan terhadap 42 yang lain.
Di bawah rangka kerja yang dipertingkatkan, pesalah pertama bagi kesalahan menghisap vape dibubuh etomidate dan pesalah kali kedua vape diwajibkan menjalani pemulihan. Mereka yang tidak hadir atau gagal menamatkan program pemulihan akan didakwa di mahkamah.
Antara yang berjaya berhenti menggunakan vape selepas menjalani pemulihan ialah seorang budak perempuan berusia 12 tahun.
Dia ditangkap menghisap vape buat kali kedua pada Oktober tahun lalu dan menamatkan program pemulihan pada Januari. Ibu bapanya melaporkan peningkatan ketara pada tingkah laku, kehadiran di sekolah dan prestasi akademiknya.
VAPE DIRAMPAS, PERCUBAAN SELUDUP DIGAGALKAN
Dalam suku pertama 2026, lebih 36,000 vape dan komponen berkaitan turut dirampas di pusat-pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura, dengan 24 kes penyeludupan terbongkar.
Seramai 11 penyeludup sudah didakwa, manakala 13 penjual vape masih disiasat, menurut pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa menegakkan pendirian tegas terhadap pelawat yang cuba membawa masuk produk tembakau terlarang ke Singapura, dengan hukuman termasuk denda bagi pesalah serta pendakwaan terhadap syarikat pengangkutan dan pemandu yang terlibat dalam import barang terlarang itu,” katanya.
“Warga asing yang disabit kesalahan di Singapura akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman dan dihalang daripada memasuki negara ini.”
Sepuluh individu dikenal pasti dan didenda pada suku pertama 2026 kerana memuat naik gambar dan video berkaitan vape di media sosial.
Lebih 600 iklan online berkaitan vape dan komponennya turut dipadamkan sepanjang tempoh yang sama.
Di sekolah dan institut pengajian tinggi (IHL), seramai 206 pelajar dirujuk kepada HSA kerana menghisap vape dalam tiga bulan pertama tahun ini.
Lebih 270 belia turut menjalani kaunseling untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
Bagi meningkatkan sokongan untuk berhenti merokok, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bersama Kementerian Pendidikan (MOE) melaksanakan projek perintis kaunseling secara maya untuk semua sekolah menengah bermula Mac 2026.
Maklumat mengaku menggunakan produk tersebut dalam program kaunseling HPB akan dirahsiakan dan tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa lain, tambah mereka.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.