Lebih 2,500 pekerjaan bakal diwujudkan dalam sektor penghasilan makanan SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Lebih 2,500 pekerjaan dalam sektor penghasilan makanan akan diwujudkan sekali gus membolehkan para pekerja melakukan tugasan tambah nilai dan meningkatkan penghasilan.
Ini selaras dengan perancangan perubahan industri (ITM) yang baru bagi sektor berkenaan.
Ia bertujuan menjadikan Singapura sebagai pemimpin makanan yang dipercayai untuk melancarkan jenama-jenama bermutu di Asia.
Sekitar suku daripada 22 pekerjaan perlu dikaji dalam sektor itu perlu direka semula.
Sebagai contoh, melatih penyelia penghasilan untuk menggunakan automasi bagi tugasan buruh.
Lapan pekerjaan baru juga dikenal pasti termasuk pembuatan makanan mewah dan data analitik.
Bagi memudahkan peluasan luar negara, akan ada tumpuan baru terhadap meningkatkan daya tahan rantaian bekalan di tengah-tengah pandemik serta krisis tenaga.
Pihak syarikat juga digalak melaksanakan amalan mesra alam di merata rantaian nilai makanan.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.