Skip to main content

Singapura

Lebih 2,500 pekerja hijrahan terima habuan istimewa sempena Deepavali tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Oct 2022 09:02PM Dikemas Kini : 24 Oct 2022 09:05PM
SINGAPURA: Sambutan-sambutan Deepavali bagi para pekerja hijrahan beragama Hindu pada Isnin (24 Okt), ternyata lebih besar daripada yang pernah diadakan sebelum pandemik COVID-19.

Salah sebuah dapur penyedia makanan memberitahu Mediacorp, derma yang diterimanya kali ini 30 kali lebih banyak berbanding tahun lalu.

Acara tahun ini menyaksikan para pekerja hijrahan beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan hidangan istimewa dan beg habuan yang disediakan para penderma dan sukarelawan.

Jumlah sukarelawan yang terlibat bagi sambutan Deepavali tahun ini juga melonjak lima kali ganda berbanding hari biasa dan tiga bulan diperlukan untuk kerja-kerja persediaan dilakukan.

Atas usaha mereka itu, agihan dapat diberikan kepada lebih 2,500 pekerja hijrahan iaitu rekod tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.

Para pengendali dormitori juga mencari cara-cara tersendiri untuk mengiktiraf para pekerja hijrahan yang membantu menguruskan operasi dormitori semasa tempoh kekurangan tenaga manusia.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita