Skip to main content

Singapura

Lebih 250 permohonan Pas Teknologi diluluskan sejak Jan 2021

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pakar dalam bidang teknologi dan perunding dapat meraih manfaat daripada sejenis visa pekerjaan yang memudahkan pencarian
pekerjaan di Singapura di tengah-tengah persaingan global untuk mendapatkan bakat.

Sejak dilancarkan pada Januari tahun lalu, lebih 250 daripada 450 permohonan bagi Pas Teknologi atau 'Tech.Passes' sudahpun diluluskan.

Mereka berasal dari 37 negara dan mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan (AI) serta keselamatan siber.

Salah seorang daripada mereka ialah Oliver Jay.

Pakar teknologi ini merupakan mantan ketua di Dropbox dan membawa bersamanya kemahiran penting dalam bidang yang dipanggil Sofwe-sebagai-Perkhidmatan.

Beliau kini mengimbangi masa menggalas tugas di dua syarikat, termasuk satu yang tertumpu kepada sofwe.

Keunikan visa 'Tech.Pass' itu adalah para pekerja diberikan kelonggaran untuk menyandang jawatan di pelbagai syarikat.

Ini berbeza berbanding Pas Pekerjaan (EP).

Menurut seorang pakar HR, kadar permohonan diluluskan juga adalah lebih tinggi berbanding Pas Pekerjaan biasa.

Ini menjadikannya lebih mudah untuk syarikat-syarikat mendapatkan bekalan tenaga manusia yang diperlukan.

Pas Teknologi itu, yang mempunyai tempoh selama dua tahun, bertujuan memikat bakat asing yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pas terbaru mempunyai tempoh sah lima tahun dan membolehkan para pekerja membawa masuk pasangan mereka ke Singapura bagi mencari pekerjaan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita