Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 250 peluang penempatan bekerja disediakan bagi guru

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Mar 2022 05:20PM Dikemas Kini : 13 Mar 2022 08:58PM

INGAPURA: Lebih 250 peluang penempatan bekerja di sektor awam dan swasta kini disediakan bagi guru-guru melalui satu program yang dipertingkat.

Ia bertujuan memberi guru-guru pendedahan kepada kegiatan industri dan membawa persepsi baru ke dalam bilik darjah.

Di bawah Program Penempatan Bekerja Tambahan Guru itu, para guru boleh menyertai pelbagai bidang seperti seni kreatif dan perusahaan kemampanan.

Mereka juga boleh mendaftarkan diri dengan lebih mudah kerana tidak lagi perlu memohon cuti pembangunan profesional.

Sekitar 100 guru mendaftarkan diri bagi Program Penempatan Bekerja Tambahan Guru setiap tahun dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan akan terus meluaskan kepelbagaian peluang yang ada.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan