Lebih 250 kegiatan galak masyarakat jadi mesra alam sepanjang Julai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Kemampanan dan Sekitaran)
SINGAPURA: Lebih 250 kegiatan kemampanan akan dianjurkan di Singapura sepanjang bulan Julai, sebagai sebahagian daripada usaha ke arah Singapura yang lebih mesra alam atau Go Green SG tahun ini.
Jumlah itu seganda lebih banyak daripada tahun lalu.
Kempen yang sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tindakan Iklim berharap untuk menggalak semua orang supaya memainkan peranan mereka menjadikan Singapura negara lebih mampan dari segi alam sekitar.
Di Woodlands misalnya, lawatan ke ladang-ladang pertanian bertujuan membantu pengunjung memahami bagaimana inovasi memainkan peranan dalam jaminan bekalan makanan Singapura.
Sebanyak 20 tan sayur dihasilkan dari lima rumah hijau setiap bulan, dan dibekalkan ke pasar raya merata negara.
Sekurang-kurangnya 70 lawatan darmawisata akan ditawarkan.
Orang ramai boleh mendaftar bermula hari ini menerusi laman web Go Green SG.

Sumber : CNA/AY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.