Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 250,000 manfaatkan Kredit SkillsFuture, perlukah ia dilanjutkan?

Tiga tahun selepas diperkenalkan, inisiatif SkillsFuture menyaksikan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Tiga tahun selepas diperkenalkan, inisiatif SkillsFuture menyaksikan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.

Lebih 250,000 orang memanfaatkan kredit SkillsFuture tahun lalu, peningkatan lebih seganda berbanding dua tahun sebelumnya.

Namun tiga tahun selepas pelancarannya, para peserta yang menjalani program SkillsFuture masih berdepan degan cabaran.

Antaranya kursus yang tidak padan dengan tugas kerja serta kurangnya sokongan majikan.

Lantaran itu, Pengarah Eksekutif Mendaki Sense Faiz Selamat menasihati orang ramai untuk memikirkan tentang matlamat mereka daripada kursus yang diambil.

"Apakah ia untuk meningkatkan kemahiran sendiri, atau untuk mengembangkan minda dan wawasan atau menimba kemahiran atau ilmu untuk diterapkan di tempat kerja. Kita perlu fikirikan objektifnya," kata Encik Faiz.

Eksekutif Pengurusan Bakat Syarikat Riverwood Pte Ltd, Encik Shukri Azman berpendapat bahawa geran yang mencukupi tersedia bagi orang ramai tetapi ia juga tergantung kepada syarikat-syarikat untuk memanfaatkannya.

"Jadi pucuk pangkalnya bergantung kepada syarikat. Majikan harus mengadakan program latihan, di mana semua ini harus dirancang lebih awal," kata Encik Shukri.

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah menggunakan sepenuhnya kredit $500 dan mahu mengikuti kursus-kursus lain pula? Seorang warga emas yang BERITAMediacorp temui, misalnya, sudah menggunakan S$500 yang diperuntukkan dan beliau berharap kredit SkillsFuture tidak terhad.

Mengulas tentang perkara ini, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman berkata: "Pemerintah masih mengimbangi kerana apa yang mereka dapati ialah masih ramai yang masih belum menggunakan jadi kita ingin menggalakkan lebih ramai menggunakan supaya kita dapat melihat bagaimana kita boleh menokok lagi skim tersebut."

Lantaran itu usaha kini tertumpu terhadap bagaimana budaya pembelajaran sepanjang hayat di Singapura dapat terus berkembang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan