Skip to main content

Singapura

Lebih 25% penduduk S'pura alami sekurang-kurangnya 1 insiden keselamatan siber tahun lalu

Kesedaran terhadap keselamatan siber dalam kalangan penduduk Singapura masih boleh dipertingkatkan, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 25% penduduk S'pura alami sekurang-kurangnya 1 insiden keselamatan siber tahun lalu

Gambar hiasan seorang lelaki menggunakan komputer riba. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Aug 2020 02:47PM Dikemas Kini : 21 Aug 2020 02:49PM

SINGAPURA: Kesedaran terhadap keselamatan siber dalam kalangan penduduk Singapura masih boleh dipertingkatkan, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

Berdasarkan Tinjauan Kesedaran Awam Mengenai Keselamatan Siber 2019 yang diterbitkan pada Jumaat (21 Ogos), sekitar suku atau 28 peratus daripada responden mengalami sekurang-kurangnya satu insiden siber dalam tempoh sepanjang 12 bulan lalu.

14 peratus daripadanya adalah berkaitan percubaan yang tidak diluluskan untuk mengakses akaun online dan 10 peratus daripadanya melibatkan penggunaan akaun online untuk menghubungi individu lain tanpa izin - dengan kedua-duanya merupakan insiden siber yang paling kerap berlaku.

Bagi para responden yang menjadi mangsa kes-kes sedemikian, 68 peratus mengatakan mereka menukar kata laluan sementara lagi 46 peratus berkata mereka melaporkan insiden seumpama itu kepada pertubuhan yang relevan. 30 peratus pula berkata mereka memasang sofwe antivirus sebagai perlindungan, manakala lapan peratus berkata mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

Meskipun ramai responden prihatin terhadap insiden-insiden berhubung keselamatan siber, masih ramai yang merasakan bahawa mereka tidak akan menjadi mangsa kepada penipuan online.

Tinjauan online itu meninjau 1,000 responden yang berusia 15 tahun dan ke atas antara 17 Dis dengan 23 Dis pada tahun lalu. Tinjauan tersebut adalah yang keempat sedemikian rupa sejak 2016.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menasihati rakyat Singapura dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (21 Ogos) supaya jangan memandang ringan perkara ini dan terus berwaspada.

"Terus berwaspada dan amalkan keselamatan siber yang baik setiap masa. Dengan cara ini, kita akan dapat terus menjaga keselamatan diri kita meskipun jika kita menggunakan lebih banyak wadah digital dalam kehidupan harian kita!" katanya.

SUKAR KENAL PASTI EMEL PANCING MAKLUMAT

Dengan memancing data peribadi masih merupakan kaedah yang popular dalam kalangan pelaku siber untuk menyerang mangsa, tinjauan pada 2019 itu turut cuba mengkaji pemahaman para responden terhadap ancaman sedemikian.

Meskipun dua pertiga responden (60 peratus) mengetahui tentang penipuan melalui kaedah tersebut, hanya empat peratus saja yang berupaya mengenal pasti dengan betul kesemua emel yang cuba memancing data peribadi.

Tinjauan itu juga mendapati jumlah responden yang menggunakan telefon bijak peribadi bagi melakukan urus niaga online sudah meningkat, dari 73 peratus pada 2018 kepada 80 peratus pada tahun lalu.

Bilangan responden yang memasang aplikasi keselamatan pada telefon bimbit mereka pula mencatat peningkatan yang kecil dari 45 peratus pada 2018 kepada 47 peratus pada 2019, dedah laporan tersebut.

Di tengah-tengah pandemik COVID-19, CSA menyatakan ia akan menumpukan perhatian kepada wadah maya, wadah cetak dan penyiaran untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan siber dan menggalak lebih ramai orang supaya mendakapi langkah-langkah keselamatan siber.

CSA juga akan melancarkan Pelan Induk Keselamatan Siber Lebih Selamat pada lewat tahun ini yang akan membentangkan rangka tindak yang lebih baik lagi bagi melindungi rakyat Singapura dan syarikat-syarikat perusahaan apabila berurusan di alam siber.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita