Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 240 domain terkait lelaman penstriman haram disekat di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 240 domain terkait lelaman penstriman haram disekat di S'pura

Tangkapan skrin domain Sportsbay.org yang disekat susuli arahan Mahkamah Tinggi Singapura.

SINGAPURA: Sebanyak 245 domain yang terkait dengan lelaman penstriman haram yang menyediakan kandungan cetak rompak termasuk rancangan sukan berbayar dan drama kini disekat di Singapura, menurut Perikatan Menentang Cetak Rompak Persatuan Industri Video Asia (CAP) pada Rabu (28 Sep) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

Ia diumumkan selepas perikatan tersebut menyatakan dalam satu kenyataan pada Selasa (20 Sep) bahawa para penyedia khidmat internet di Singapura sudah menyekat lagi 99 nama domain yang terkait dengan lelaman web tersebut.

Sekatan terbaru itu dilaksanakan bagi pihak para anggota CAP, BBC Studios, Discovery Communications, LaLiga, Liga Perdana dan TVB International, menurut CAP.

Mahkamah Tinggi pertama kali mengeluarkan arahan pada Februari untuk menyekat 30 lelaman penstriman haram dan hampir 150 nama domain berkaitan.

Sekatan itu berjaya mematahkan percubaan lelaman haram untuk memintas arahan asal, dedah CAP.

Usaha terbaru ini juga meneruskan kempen berterusan Singapura dan rantau ini dalam membanteras cetak rompak.

Domain terkait dengan beberapa lelaman penstriman haram seperti SportsBay, WatchSeries, DramaCool and 123Movies juga sudah disekat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan