Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2.33 juta lintas laluan darat SG-Malaysia sepanjang hujung minggu Tahun Baharu Cina

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 390,000 orang melintasi pusat pemeriksaan darat Singapura setiap hari sepanjang hujung minggu panjang sempena Tahun Baharu Cina dari 8 Feb hingga 13 Feb, kata Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (4 Mac).

Jumlah itu satu peningkatan 35 peratus berbanding purata harian sekitar 289,000 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Sesetengah daripada mereka yang menaiki kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum mereka melalui imigresen.”

ICA berkata ia menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang teruk" di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjelang dan semasa tempoh cuti sekolah dari 8 Mac hingga 18 Mac.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dan mereka harus memastikan pasport mereka mempunyai baki tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Penduduk tetap Singapura yang telah memperbaharui pasport mereka harus memastikan permit masuk semula mereka sudah dipindahkan ke pasport baharu.

Pemegang pas jangka panjang pula perlu memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan dalam butiran pasport mereka sebelum masuk semula ke Singapura.

Pemandu kenderaan asing harus memastikan permit masuk kenderaan (VEP) mereka sah, kerana permohonan tidak lagi diterima di pusat pemeriksaan untuk memudahkan aliran trafik.

"Pemandu kenderaan asing yang tidak mempunyai kad Autopass yang sah, e-mel kelulusan VEP daripada LTA atau insurans yang sah akan diarah untuk patah balik," kata ICA.

Mereka yang mempunyai denda tertunggak di Singapura juga harus menyelesaikannya kerana mereka mungkin tidak dibenarkan masuk ke negara ini.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan