Skip to main content

Singapura

Lebih 21,000 pelajar, 800 asatizah kini di bawah program pendidikan aLIVE

Program pendidikan aLIVE kini mempunyai lebih 21,000 pelajar dan sekitar 800 asatizah. Ini sejak ia dimulakan hampir 15 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Program pendidikan aLIVE kini mempunyai lebih 21,000 pelajar dan sekitar 800 asatizah. Ini sejak ia dimulakan hampir 15 tahun lalu.

Pada masa akan datang, MUIS akan meneruskan usaha-usaha untuk mempertingkat program aLIVE, menurut Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Esa Masood.

Ini termasuk mengemas kini buku-buku dan kandungannya bagi memastikan ia menangani isu-isu kontemporari serta menyediakan panduan yang relevan, khusus buat anak-anak muda dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Sokongan buat tenaga pengajar program aLIVE juga akan terus disokong menerusi pelbagai latihan dan bengkel.

Demikian menurut Encik Esa Masood, semasa menyampaikan ucapan di seminar keibubapaan 'Breaking Free From Parental Guilt' pada Sabtu lalu (3 Nov).

Seminar itu dianjurkan untuk menjawab persoalan bagaimana para ibu bapa mengimbangi masa antara kerjaya dengan anak-anak.

Pelbagai tips dikongsi oleh tiga orang ahli panel yang diundang - Ahli Terapi di S.O.S keluarga, Katy Harris, Mudir Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff dan Ketua Unit Strategik Pembangunan Sosial MUIS, Cik Muzaiyanah Hamzah.

(Gambar: MUIS)

Para peserta seminar itu diberi tips untuk mengenal pasti strategi-strategi yang sesuai dengan keibubapaan di zaman moden ini.

Antara topik-topik yang dibincangkan termasuk bagaimana untuk ibu bapa menangani rasa bersalah apabila mendisiplinkan anak-anak, mengimbangi komitmen antara keluarga dengan kerjaya serta mengambil pengajaran daripada al-Quran dan Sunnah.

Cik Katy menggesa ibu bapa supaya mengawal kemarahan mengambil pendekatan strategik untuk mendapat hasil yang optimum apabila mendisiplin anak-anak mereka.

"Penting untuk ibu bapa menjelaskan mengapa apa yang mereka lakukan dan sentiasa rendah diri menerima kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan. Ibu bapa perlu sedar dan memikirkan tentang apakah kesan yang mahu dicapai," ujar Cik Katy.

Beliau menambah, caranya adalah merancangkan terlebih dahulu untuk membantu ibu bapa supaya tidak cemas dan naik berang. Sebaliknya mereka perlu fokus dan menyedari apa yang dilakukan.

Satu lagi tips yang dikongsi Cik Katy adalah supaya ibu bapa meluahkan emosi-emosi yang membebani jiwa mereka sebelum mendisiplinkan anak-anak.

Selain itu, Ustaz Syed Mustafa mengajarkan bagaimana untuk memanfaatkan mutiara-mutiara ilmu daripada al-Quran dan mencontohi tradisi dan nilai-nilai yang diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Syed Mustafa mengingatkan mereka bahawa Islam adalah agama belas ihsan dan para ibu bapa perlu mendakapi etos-etos itu dalam membesarkan anak-anak.

Seminar tahunan itu adalah edisi yang keenam dan dihadiri 100 peserta. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita