Lebih AS$205,000 lesap dari kediaman di Jurong; lelaki 57 tahun diberkas
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditangkap pada Khamis (14 Mei) setelah lebih AS$205,000 (S$292,500) dilaporkan dicuri dari sebuah hartanah di Jurong.

Polis mendapatkan semula wang tunai sebanyak AS$157,630 dan S$489 serta pintu peti yang rosak. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditangkap pada Khamis (14 Mei) setelah lebih AS$205,000 (S$292,500) dilaporkan dicuri dari sebuah hartanah di Jurong.
Dalam kenyataan medianya, polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kes pecah rumah di Buroh Street pada Khamis, sekitar 9.15 pagi .
Kira-kira AS$$205,000 dan S$6,000 dalam bentuk wang tunai dilaporkan dicuri.
Menurut polis, suspek diberkas dalam tempoh empat jam selepas siasatan dijalankan dan atas bantuan rakaman kamera litar tertutup.
Sejumlah AS$157,630 dan S$489 berjaya didapatkan semula. Menurut polis, sebuah pintu peti besi yang rosak juga dirampas sebagai bahan bukti.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu dengan tuduhan pecah rumah. Jika didapati bersalah, dia boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
"Kesalahan pecah rumah yang serius seperti itu tidak boleh dianggap ringan dan pesalah mesti ditangani dengan setegas-tegasnya mengikut undang-undang," kata Komander Divisyen Polis Jurong, AC Devrajan Bala.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.