Lebih 2,000 orang sudah daftar untuk pemeriksaan TB di Jalan Bukit Merah
Lebih 2,000 orang yang diwajibkan atau secara sukarela sudahpun berdaftar untuk menjalani ujian saringan penyakit batuk kering atau TB setakat Khamis (11 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 2,000 orang yang diwajibkan atau secara sukarela sudahpun berdaftar untuk menjalani ujian saringan penyakit batuk kering atau TB setakat Khamis (11 Jan).
Mereka terdiri daripada para penduduk, peniaga dan para pekerja yang kerap mengunjungi ke kawasan Jalan Bukit Merah.
Usaha tersebut dijalankan selepas 10 kes TB baharu dikesan di kawasan itu.
"Semua kes penyakit TB yang aktif telah dirawat dan tidak berjangkit. Walau bagaimanapun, sebagai langkah tambahan, kami menjalankan latihan saringan TB ini untuk mengenal pasti mana-mana kes TB yang mungkin tidak dapat dikesan dan dengan berbuat demikian, untuk mencegah risiko penularan TB sejauh mungkin," kata Pengarah Kumpulan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Vernon Lee.
Menurut Dr Lee, TB boleh dirawat jika dikesan dengan awal.
Beliau menambah, "Sesiapa yang mempunyai gejala yang menunjukkan seakan TB, seperti batuk selama tiga minggu atau lebih, demam atau berpeluh malam, keletihan, penurunan berat badan, sakit dada atau batuk dengan kahak, atau darah, sila berjumpa doktor anda dengan segera untuk pemeriksaan dan pengurusan lanjut."

PROSES LANCAR, SELESAI DALAM MASA 15-30 MINIT
Operasi pada hari pertama (11 Jan) pemeriksaan itu juga berjalan dengan lancar.
Seawal 9 pagi lagi, pasukan bergerak sudahpun mula membuat kunjungan rumah-ke-rumah untuk melakukan ujian di rumah para penduduk yang tinggal di Blok 1 dan 3.
Ia dilakukan berdasarkan janji temu yang sudahpun dibuat terlebih dahulu selepas para pegawai MOH mendampingi para penduduk dari 6 hingga 9 Januari lalu.
Setiap sesi kunjungan mengambil antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jumlah penghuni di dalam rumah.
Selain itu, para penduduk juga boleh pergi ke sebuah khemah sementara yang dibangunkan bersebelahan Blok 2 dan 3 Jalan Bukit Merah.
Dikhususkan buat para peniaga dan mereka yang bertugas berdekatan, ia boleh menampung sehingga 800 individu sehari.
Proses dalam khemah dijalankan dengan teratur dengan sekitar 120 kakitangan bertugas di tiga stesen berbeza - pendaftaran, temu ramah dan pengambilan darah.
Selepas melakukan pendaftaran, para penduduk ditanya tentang sejarah kesihatan mereka.
Kemudian sebanyak 4 milimeter darah mereka diambil untuk diuji.
Sebelum pulang, mereka menerima sebuah 'goodie bag' berisi biskut dan minuman serta risalah tentang TB.
Sekiranya mereka memerlukan rawatan lanjutan, sebuah ruang kecemasan turut dikhaskan.
Secara keseluruhan, proses ini mengambil hanya 15 minit.
Keputusan ujian darah mengambil antara satu hingga dua minggu untuk didapatkan.
Sekiranya mereka diuji positif, pihak MOH akan menghubungi mereka untuk jalani ujian 'X-ray' selanjutnya.
Manakala jika keputusan mereka negatif, mereka akan dihubungi melalui SMS sahaja.
PARA PENIAGA ABC BRICKWORKS TERJEJAS HAMPIR 70 PERATUS
Antara golongan yang terjejas sejak pengumuman tentang ujian saringan itu minggu lalu ialah para peniaga di kawasan tersebut.
Di Pusat Makanan dan Pasar ABC Brickworks yang biasanya sibuk dikunjungi pelanggan, para peniaga memberitahu BERITA Mediacorp, perniagaan mereka terjejas sebanyak 70 peratus menyusuli pengumuman pemeriksaan saringan itu Jumaat lalu (5 Jan).
"Biasanya pendapatan macam S$1,000 lebih, sekarang macam S$300 sehari. Paling kecil sebegitu. Dulu-dulu tak pernah macam begini, S$800 ke atas. Sekarang S$500 ke bawah. Dari hari Isnin sampailah hari ini. terjejas sangat. Tak ada orang," kata Cik Fitri, dari gerai menjual Nasi Ayam, Warong Adam.
Keluhan serupa turut dikongsi Encik Mohd Zaid dari gerai menjual kuih-muih yang melihat kemerosotan perniagaan sebanyak 50 peratus.
"Untuk peniaga ini kita ada kebimbangan juga tapi kehidupan harus diteruskan. Kalau boleh kembali seperti sediakala macam seperti dulu itu bukan kerana ini sekarang mana-manalah tak kira yang Cina, Melayu dan India semua pun memang terjejas," kata Encik Zaid.
Kedua-dua peniaga itu yang juga penduduk di blok di kawasan tersebut juga akan menjalani ujian saringan mereka selepas selesai berniaga.
Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Eric Chua turut turun padang untuk beramah mesra dengan penduduk dan memantau operasi tersebut.
Semasa bertemu media, beliau turut menyuarakan keprihatinan akan nasib yang dialami para peniaga dan mengalu-alukan sokongan orang ramai.
"Saya juga ingin menggesa semua orang untuk tidak mengelak daripada pasaran ABC kerana perniagaan di sini telah terjejas teruk sejak berita saringan TB ini keluar. TB tidak seperti COVID-19. Ia tidak merebak dengan mudah. Terdapat banyak makanan penjaja yang sedap di pasar ini dan saya pasti bahawa kita semua akan suka untuk terus menyokong penjaja kegemaran kita supaya mata pencarian mereka tidak terlalu terjejas," kata Encik Chua, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Operasi ini akan terus dijalankan hingga Isnin (15 Jan).
Encik Chua menggesa orang ramai yang belum membuat janji temu untuk segera berbuat demikian.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.