Skip to main content

Singapura

Lebih 2,000 kilogram daging dan makanan laut dirampas daripada penjual online, peniaga makanan

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 kilogram daging dan makanan laut dirampas daripada penjual online, peniaga makanan

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 10 Mar 2022 09:06PM

SINGAPURA: Lebih 2,000 kilogram produk daging, ikan dan makanan laut lain dirampas daripada kedai runcit online dan syarikat perniagaan makanan yang tidak mempunyai lesen kendali stor sejuk. 

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis (10 Mac). 

Kedua-dua  syarikat berkenaan dan juga pengarah urusan mereka didenda pada Rabu (9 Mac) kerana mengendalikan stor sejuk tanpa lesen, menurut SFA dalam satu kenyataan media. 

Kedai runcit online Lian Huat Market didenda  S$13,000, manakala syarikat Heng Hup Huat Foodstuffs Trading didenda S$3,000. 

Pengarah urusan kedua-dua syarikat tersebut, Teh Eng Kwang, didenda  S$14,000 kerana "gagal menggunakan kebijaksanaan untuk mengelakkan kesalahan-kesalahan itu daripada berlaku," menurut SFA. 

Agensi tersebut menyatakan pada Julai tahun lalu, pegawainya menemui dan merampas kira-kira 375 kilogram produk daging yang diproses dan makanan laut disimpan dalam kotak-kotak beku beku di premis Lian Huat Market. 

"Pada bulan yang sama, pegawai SFA juga memeriksa premis Heng Hup Huat Foodstuffs Trading dan mendapati produk daging dan ikan beku yang terdedah di tempat tersebut," menurut agensi itu lagi. 

Kira-kira 1,670 kilogram produk daging dan makanan laut dirampas. 

"Menyimpan daging dan makanan laut di kemudahan tidak berlesen boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan," menurut SFA. 

Sesiapa yang didapati menyimpan produk daging dan makanan laut di stor sejuk yang tidak berlesen untuk tujuan menjual atau membekalkan barangan tersebut boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$100,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita