Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 individu dikecualikan dari sekatan berdasarkan status vaksinasi COVID-19: MOH

Lebih 2,000 orang dikecualikan daripada sekatan berdasarkan status vaksinasi COVID-19 disebabkan kesan sampingan buruk terhadap vaksin, menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 individu dikecualikan dari sekatan berdasarkan status vaksinasi COVID-19: MOH

Penggunaan app atau token TraceTogether untuk SafeEntry. (Gambar: Ang Hwee Min)

Diterbitkan : 03 Oct 2022 05:25PM Dikemas Kini : 03 Oct 2022 05:26PM
SINGAPURA: Lebih 2,000 individu dikecualikan daripada sekatan berdasarkan status vaksinasi COVID-19 disebabkan kesan sampingan buruk terhadap vaksin, menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung di Parlimen pada Isnin (3 Okt) .

Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) berhubung jumlah kematian tambahan disebabkan COVID-19 dalam kalangan mereka yang tidak layak secara perubatan untuk lengkap divaksin, Encik Ong berkata Kementerian Kesihatan (MOH) tidak menjejak jumlah itu secara menyeluruh.

Namun menurutnya setakat 30 Jun, 2,100 orang berjaya memohon dikecualikan daripada langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS).

Bagi kumpulan itu, kadar kematian adalah sekitar dua daripada setiap 1,000 orang, berbanding 0.3 daripada setiap 1,000 individu bagi seluruh penduduk Singapura.

"Hakikatnya, jumlah mereka yang tidak layak bagi vaksin COVID-19 adalah kecil, memandangkan pilihan vaksin yang disediakan," kata Encik Ong.

Bulan lalu, MOH mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa Singapura mencatat sekitar 2,490 kematian tambahan semasa pandemik dari Januari 2020 hingga Jun 2022.

Ini merujuk kepada perbezaan antara kematian sebenar disebabkan pelbagai punca sejak pandemik melanda, dan kematian yang dijangkakan jika COVID-19 tidak berlaku.

Laporan itu menyatakan hampir tiga daripada lima kematian tambahan di Singapura semasa pandemik berpunca secara langsung daripada koronavirus, dan bakinya adalah pesakit yang meninggal dunia disebabkan penyakit lain dalam masa 90 hari individu itu dijangkiti.

"Kadar kematian itu ibarat kembali kepada tahap 2018, dengan beberapa peningkatan dilenyapkan sejak beberapa tahun lalu," kata Encik Ong.

Beliau menarik perhatian berbanding negara-negara lain yang sudah membuka sempadan, jumlah kematian tambahan di Singapura adalah jauh lebih rendah, berbanding anggaran bagi 2020 dan 2021 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perangkaan WHO mencatat kematian tambahan Singapura sebagai 26 daripada setiap 100,000 orang setiap tahun.

Encik Ong menekankan lagi peri pentingnya mendapatkan suntikan dos penggalak supaya dilindungi dengan baik terhadap COVID-19, sambil menambah vaksinasi itu adalah kunci bagi mengurangkan kematian tambahan.

"Kita perlu mendapatkan dos penggalak, dalam erti kata lain, tiga dos vaksin mRNA. Ia akan mengurangkan dengan banyak risiko penyakit teruk dan kematian. Dua suntikan vaksin tidak lengkap," jelasnya.

Beliau menambah pelaksanaan semula langkah-langkah pengurusan selamat tidak dapat dielakan sekiranya ada lonjakan kes jangkitan dan penyakit teruk kerana ia akan membantu memelihara keupayaan jagaan kesihatan dan memastikan sumber mencukupi.

"Namun kami hanya akan berbuat demikian apabila ia perlu untuk menyelamatkan nyawa," kata beliau.

"Pandemik ini belum benar-benar berakhir, tetapi kami berharap kami semakin sampai ke penghujungnya, dan akan terus mengharungi krisis ini dengan sifat daya tahan dan bersatu padu."
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa