Skip to main content

Singapura

Lebih 200 spesis baru ditemui dalan tinjauan Hutan Simpanan Bukit Timah

Lebih 200 spesis baru di Hutan Simpanan Bukit Timah disenaraikan dalam satu tinjauan kepelbagaian bio yang menyeluruh.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 200 spesis baru ditemui dalan tinjauan Hutan Simpanan Bukit Timah

Antara spesis labah-labah yang tersenarai. (Gambar: James W B Koh)

Diterbitkan : 25 May 2019 06:52PM Dikemas Kini : 25 May 2019 06:56PM

SINGAPURA: Lebih 200 spesis baru di Hutan Simpanan Bukit Timah disenaraikan dalam satu tinjauan kepelbagaian bio yang menyeluruh.

Lebih 40 daripadanya mungkin spesis baru kepada Singapura termasuk lebih 30 jenis laba-laba dan 10 spesis kumbang.

Ini diumumkan di pelancaran Festival Kepelbagaian Bio NParks yang dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee hari ini (25 Mei).

Besar kemungkinan spesis baru yang dirakamkan termasuk jenis lalat yang makan lalat lebih kecil serta labah-labah sepanjang tiga milimeter yang boleh melompat.

Sebanyak enam spesis, besar kemungkinan ditemui buat pertama kalinya.

Lebih 300 pengkaji dan sukarelawan meneroka kawasan seluas 163 hektar itu selama empat tahun, yang berakhir tahun lalu.

MANFAAT TEKNOLOGI PERBAIKI KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam ucapannya, Encik Lee menyentuh tentang bagaimana Singapura boleh terus menggunakan teknologi untuk memperbaiki kaedah pengumpulan data serta analisis.

Beliau juga menekankan tentang peranan masyarakat dalam usaha pemuliharaan.

Encik Lee melaporkan bahawa lebih 3,300 rakyat Singapura mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan Minggu Kepelbagaian Bio tahun ini.

Di acara itu juga, Presiden Halimah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Jurufoto Taman Singapura yang menarik lebih 16,000 penyertaan. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita