Skip to main content

Singapura

Lebih 200 relawan terima watikah pelantikan Lembaga Pentadbir Masjid

Lebih 200 orang menerima watikah pelantikan Lembaga Pentadbir Masjid (MMB) baru-baru ini, termasuk 183 lelaki dan 41 wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 200 relawan terima watikah pelantikan Lembaga Pentadbir Masjid

Lebih 200 sukarelawan terima watikah pelantikan LPM. (Gambar-gambar: MUIS)

SINGAPURA: Lebih 200 orang menerima watikah pelantikan Lembaga Pentadbir Masjid (MMB) baru-baru ini, termasuk 183 lelaki dan 41 wanita.

Sekitar 33 peratus daripada mereka adalah muka-muka baru dalam sektor masjid.

Ini membuktikan semangat padu sukarelawan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Related article image
(Gambar-gambar: MUIS)

Kesemua 224 anggota lembaga dari 18 buah masjid Kelompok Timur menerima watikah pelantikan daripada Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Esa Masood, pada 6 April lalu. (Senarai masjid akan dinyatakan di hujung artikel).

"Tugas berkhidmat kepada masyarakat ada cabaran-cabarannya. Namun saya yakin ia adalah tugas yang akan memberi kepuasan kepada anda. Saya menggalak anda untuk bekerjasama dengan rakan-rakan MMB dan kakitangan sebagai sebuah pasukan yang utuh, melakar program-program serta khidmat bagi memenuhi keperluan sosio-agama masyarakat Islam di kejiranan anda," kata Encik Esa semasa menyampaikan ucapannya.

Related article image
(Gambar-gambar: MUIS)

Antara anggota baru MMB itu, ialah Cik Raudhah Mohd Sharifuddin, seorang pegawai sumber manusia dan pemasaran.

Beliau bakal berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Masjid Darul Aman.

Related article image
(Gambar-gambar: MUIS)

Bagi Cik Raudhah, contoh khidmat cemerlang yang ditonjolkan oleh para sukarelawan di masjid-masjid di kawasan kejiranannya membuat dirinya terpanggil untuk berkhidmat dalam sektor masjid.

"Ini menjadi inspirasi kepada diri saya untuk sama-sama memainkan peranan. Insya Allah dengan apa sahaja pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya berharap untuk menyumbang kembali kepada masyarakat Islam kita," ujar beliau, 39 tahun.

Seorang lagi anggota baru MMB ialah Encik Husein Rawi yang akan berkhidmat sebagai Penolong Bendahari di Masjid Al-Mawaddah.

(Gambar-gambar: MUIS)

"Berkhidmat di masjid sebagai MMB adalah salah satu cara saya berkhidmat kepada masyarakat. Insya Allah saya harap saya dapat menyumbang semula menerusi pengalaman saya dalam sektor privet," kata Encik Husein, 51 tahun.

Tugas mereka selama tiga penggal itu bermula dari 1 April 2019 hingga 31 Mac 2022.

Tiga pengerusi baru masjid juga menerima watikah pelantikan mereka semasa upacara tersebut.

Mereka adalah K H Abdul Malike Maiden bagi Masjid Abdul Aleem Siddique, Saifulbahri Rasno bagi Masjid Haji Mohd Salleh Geylang dan Nailul Hafiz Abdul Rahim bagi Masjid Wak Tanjong.

Related article image
(Gambar-gambar: MUIS)

Berikut senarai penuh 18 masjid Kelompok Timur yang menerima anggota lembaga baru:

Masjid Abdul Aleem Siddique
Masjid Al-Abdul Razak
Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Islah
Masjid Al-Istighfar
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Al-Taqua
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Masjid Darul Aman
Masjid Darul Ghufran
Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
Masjid Kampung Siglap
Masjid Kassim
Masjid Khadijah
Masjid Khalid
Masjid Mydin
Masjid Sallim Mattar
Masjid Wak Tanjong 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita