Lebih 200 pekerjaan sektor kemampanan ditawarkan di CDC Barat Daya
Sektor kemampanan yang kian berkembang di estet perumahan Choa Chu Kang menawarkan lebih 200 pekerjaan bagi menyokong industri tersebut.
SINGAPURA: Sektor kemampanan yang kian berkembang di estet perumahan Choa Chu Kang menawarkan lebih 200 pekerjaan bagi menyokong industri tersebut.
Majlis Pembangunan Masyarakat Barat Daya sedang bekerjasama dengan pergerakan buruh untuk mengisi hampir semua kerja kosong itu.
Pekerjaan-pekerjaan itu meliputi beberapa sektor seperti tenaga bersih dan suria serta pengurusan air dan sisa.
Sembcorp akan menyediakan latihan kepada pemohon yang berjaya untuk merapatkan jurang kemahiran, jika ada.
ITE dan Politeknik Singapura juga akan mengadakan kursus untuk membantu pekerja baru menjalankan tugas mereka.
Pameran kerja yang diadakan di Pusat Masyarakat Keat Hong menarik lebih 250 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.