Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 200 mahasiswa NTU perlu duduki semula ujian setelah kertas peperiksaan dimuat naik online

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 200 mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) perlu menduduki semula ujian terakhir bagi modul mereka setelah kertas peperiksaan tersebut dimuat naik ke platform pembelajaran mahasiswa sebelum ujian itu dimulakan.

Ujian terakhir kursus HP2200 (Psikologi Biologi) berlangsung pada 7 November lalu, pukul 9.30 pagi, kata Pofesor Madya Chia Wai Mun dalam jawapannya kepada pertanyaan daripada Mediacorp hari ini (14 Nov).

Beliau menambah bahawa kebanyakan mahasiswa mengambil ujian tersebut di dewan kuliah.

Profesor Madya Chia, yang merupakan Pengerusi Bersekutu (Akademik) di Sekolah Sains Kemasyarakatan (NTU) menambah bahawa mahasiswa yang positif COVID-19 mengambil ujian itu secara online, dijalankan oleh pejabat mahasiswa.

"Semua pelajar menduduki kertas yang sama dan bermula pada masa serentak," katanya.

Bagaimanapun, NTU kemudian mendapati bahawa kertas ujian tersebut ditemui di platform pembelajaran mahasiswa sebelum ujian dimulakan.

"Kami sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami meminta maaf kepada para pelajar kerana perlu menduduki semula ujian itu, namun ia perlu dilakukan untuk memastikan keadilaan buat semua," kata Profesor Madya Chia.

"Pihak sekolah itu sudah menghubungi mahasiswa yang terjejas dan secara amnya, mereka bersetuju bahawa menduduki semula ujian itu adalah satu perkara adil yang perlu dilakukan. Sekolah berkenaan sedang bekerjasama dengan mahasiswa untuk memilih tarikh yang sesuai," tambah beliau.

NTU mengesahkan bahawa 218 pelajar terjejas.

Pihak universiti juga akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur peperiksaannya dan akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan insiden serupa daripada berlaku pada masa hadapan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan