Skip to main content

Singapura

Lebih 200 hadirin sertai acara Hari Ibu anjuran Serambi Seni Budaya Melayu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 200 hadirin menyertai acara Hari Ibu anjuran Serambi Seni Budaya Melayu pada Ahad (11 Mei).

Bertemakan "Ibu adalah Syurgaku", acara itu bagi meraikan pengorbanan para ibu dan menyuntik keceriaan buat mereka.


"Saya rasa terharu dan berasa amat terima kasih dapat hadir dalam majlis begini kerana ini kali pertama saya dapat hadir," menurut Cik Nooryani Abdul Talib, salah seorang hadirin yang menyertai acara itu.

Naib Presiden Serambi Seni Budaya Melayu, Encik Muhammad Feroz Yusman menekankan peranan ibu dalam membentuk golongan muda.

"Dengan cara ini, kita mengharapkan walaupun kami adalah organisasi yang berdasarkan budaya Melayu, kita mengerti bahawa ia bermula dari rumah dan ibu adalah sumber contoh bagi anak-anak muda yang menjadi pelapis akan datang dan menjayakan atau melanjutkan lagi budaya Melayu ke hadapan. Ini merupakan kali pertama Serambi Seni Budaya Melayu menganjurkan acara sedemikian," ujarnya kepada BERITAmediacorp.

Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam turut hadir bagi memeriahkan acara tersebut.

Dalam pada itu, Serambi Seni Budaya Melayu juga berharap dapat terus ketengahkan pelbagai aspek seni dan budaya Melayu dalam acara-acara anjurannya.

Presiden kumpulan itu, Nasir Aman berkata: "Harapan kita untuk Serambi Seni Budaya Melayu, kita nak meningkatkan lagi budaya Melayu ke taraf sampai nasional dan antarabangsa. Yang penting sekali, kualiti persembahan seni, tidak kira apa seni pun kita mahu naikkan lagi taraf yang terbaik."

Lebih istimewa lagi, para penonton turut dihiburkan oleh persembahan khas oleh penyanyi undangan, Siti Nordiana.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita