Lebih 200 belia sertai Simposium Belia Masjid SG NEXTGEN 2025, bincang isu identiti, hubungan & mata pencarian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mengekalkan identiti Muslim dalam kehidupan moden, menjaga hubungan dengan keluarga dan rakan serta cabaran mencari rezeki yang halal.
Demikian antara isu yang dibincangkan lebih 200 pemimpin dan belia Islam dalam Simposium Belia Masjid SG NEXTGEN 2025 yang buat julung-julung kalinya dianjurkan MUIS pagi tadi (13 Sep) di Singapore EXPO.
Para peserta yang hadir terdiri daripada sukarelawan masjid, penuntut madrasah dan para belia daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam dan Muslim India.
Mereka diberi peluang untuk berkongsi pandangan, menjana idea baharu dan menjalin kerjasama untuk menangani cabaran masa kini serta memanfaatkan peluang dalam pembangunan masyarakat.
Ini selaras dengan rancangan tiga tahun MUIS yang ke-8 dan menyusuli Persidangan Sektor Satu Masjid (OMS) 2025 yang diadakan Februari lepas.
Dengan tema "Mengemudi Kehidupan Berpaksikan Agama", simposium itu memberi tumpuan kepada tiga isu utama – identiti, hubungan dan mata pencarian.
"Tema ini dipilih kerana ia dekat di hati para belia yang prihatin tentang identiti mereka sebagai seorang Muslim. Kami harapkan simposium ini dapat sedikit sebanyak membuka minda kepada pendekatan yang boleh diambil untuk membantu belia melayari kehidupan berteraskan agama," kata Eksekutif, Penjagaan Belia & Masyarakat, Masjid Assyakirin, Ustazah Nur Hidayati Aznim.
Simposium itu juga menumpukan perhatian kepada cabaran-cabaran kontemporari yang dihadapi para belia pada zaman ini.
"Topik-topik adalah berdasarkan isu -isu yang ditimbulkan para belia apabila pegawai pembangunan belia berinteraksi dengan mereka tentang apakah keprihatinan ataupun kekhuatiran mereka. Isu-isu tersebut merupakan antara isu-isu yang utama yang dibangkitkan para belia berdasarkan dapatan dari Majlis Belia Kebangsaan (NYC)," kata Pegawai Kanan Pembangunan Belia & Fasilitator Belia, Masjid-masjid Daerah Timur, Ustaz Muhd Syakir Zainal.
USAHA MEMPERKASAKAN BELIA MUSLIM SG
Simposium itu menurut pihak penganjur bukan sahaja menjadi wadah perbincangan tetapi juga satu langkah penting ke arah memperkasakan belia Muslim Singapura untuk memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pembangunan masyarakat dan kehidupan keagamaan mereka.
Bagi menyemarakkan lagi acara, pakar rujuk dalam kalangan asatizah dan karyawan juga diundang untuk membincangkan topik-topik berkenaan.
Antaranya ialah Ustaz Muhammed Faheem, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid dan Faridah Saad.
Simposium itu juga hasil kerjasama dengan Majlis Belia Kebangsaan (NYC).
Ia bagi menyediakan platform untuk belia menyuarakan pandangan, berkongsi inovasi dan berkongsi amalan terbaik.
Timbalan Ketua Eksekutif NYC, Ong Kah Kuang turut hadir untuk berkongsi trend belia Singapura serta bagaimana mereka menangani persoalan identiti dan aspirasi dalam dunia yang semakin kompleks.
CABARAN BELIA MUSLIM ZAMAN KINI
Para peserta yang hadir juga sempat berkongsi cabaran yang membelenggu para belia pada zaman ini dan bagaimana simposium ini sudah sedikit sebanyak membantu mereka mencari huraian.
"Dalam 'identiti' saya belajar bahawa ia penting untuk bertanya kepada diri sendiri apa yang anda ingin jadi dan tanggungjawab anda untuk mengaturkan hala tujuan dalam hidup anda. Dalam 'hubungan', ia adalah tanggungjawab anda untuk berusaha untuk mengekalkan hubungan yang ada.
"Dalam 'mata pencarian', anda harus bertanggungjawab ke atas mata pencarian dan pekerjaan anda, anda tidak semestinya sentiasa perlu menyesuaikan diri," kata Ayra Mohammed, 21 tahun yang juga merupakan Presiden Persatuan Muslim Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura.
Buat Yaich Omar, pula salah satu cabaran yang beliau hadapi kini adalah untuk mengimbangi masa antara tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan untuk mempersiapkan diri buat masa hadapan.
"Seperti sekarang, kita lihat kos sara hidup seperti BTO semua makin meningkat, jadi saya perlukan bimbingan dalam macam mana untuk asingkan duit dalam cara yang etika dan untuk membuat perbezaan kepada masyarakat kita," kata belia berumur 22 tahun itu yang juga merupakan anggota Fityan Ghufran dari Masjid Darul Ghufran.
Kedua-dua belia akur bahawa topik yang paling penting dan dekat di hati mereka ialah topik tentang hubungan.
"Hari ni saya belajar yang dalam kehidupan kita yang amat pantas, kita sering sering lupa untuk menghargai hubungan antara kita dengan rakan kita dan keluarga kita tapi kita lupa yang walaupun kita tengah kejar masa depan kita, orang yang di sekeliling kita akan tolong bimbing kita, akan tolong membangunkan masa depan kita," kata Omar.
JADI ACARA TAHUNAN
Pihak MUIS juga merancang untuk memperluaskan usaha dan terus menganjurkan simposium yang itu untuk membimbing belia pada masa hadapan.
"Ia dijangkakan akan dianjurkan setiap tahun dengan melibatkan jawatankuasa yang baharu dan berharap untuk menarik lebih ramai belia pada tahun mendatang," kata Ustaz Muhd Syakir.
Simposium itu diterajui oleh para pegawai pembangunan belia masjid dan pemimpin belia masjid dari empat daerah di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.