Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 20 kedai perabot sertai Jualan Raksasa Singapura online

Lebih 20 kedai perabot akan memanfaatkan wadah online sebagai sebahagian Jualan Raksasa Singapura bermula minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Sep 2020 07:00PM Dikemas Kini : 06 Sep 2020 09:15PM

SINGAPURA: Lebih 20 kedai perabot akan memanfaatkan wadah online sebagai sebahagian Jualan Raksasa Singapura bermula minggu depan.

Ia adalah julung-julung kalinya jualan murah itu bakal dijalankan sepenuhnya secara online.

Sebagai contoh, bilik pameran perabot kini agak lengang tetapi sambutan di wadah online agak berbeza.

20 syarikat perabot kini dibantu Majlis Perusahaan Perabot Singapura untuk menarik para pengguna cerdik IT, meninjau ruang pameran perabot maya yang digabungkan.

Hasil jualan dianggarkan naik 2 peratus hingga 5 peratus hasil gabungan itu.

Pihak syarikat juga bakal meraih manfaat daripada data yang dikumpulkan, bagi menentukan jenis produk yang diketengahkan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan