Skip to main content

Singapura

Lebih 20 artis lama dan baru warnai Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran kembali secara besar-besaran pada Sabtu (5 Ogos).

Selain pelbagai kegiatan menarik untuk seisi keluarga, penonton juga bakal dihiburkan dengan penampilan lebih 20 artis tempatan lama dan baru.

Antaranya ialah penyanyi dan guru vokal, Ann Hussein.

Walaupun lebih aktif di belakang tabir, vokalis kumpulan era 80-an, Gingerbread itu cukup teruja berpeluang memberikan nafas baru lagu-lagu hari kebangsaan kegemaran ramai.

"Saya membuat persembahan dengan kawan-kawan baik saya, Farida Ali dengan Clement Chow. Dan kita telah diminta untuk membuat sebuah medley lagu-lagu kebangsaan yang popular daripada tahun 80-an. Iaitu 'We Are Singapore', 'Count on Me, Singapore' dan 'Stand Up for Singapore'.

"Saya gembira dan teruja, gemuruh juga kerana sudah lama tidak membuat persembahan di atas pentar besar sebegini," kata Ann, yang juga seorang Pengarah Muzik di Universal Studios Singapore.

ARTIS BARU HARGAI PELUANG BERAKSI DI KONSERT

Konsert selama 1.5 jam ini turut menampilkan barisan artis-artis baru.

Antaranya ialah penyanyi dan penulis lagu, Umar Sirhan.

Meskipun pernah beraksi di Perbarisan Hari Kebangsaan pada 2020, pengalaman kali ini lebih istimewa buat dirinya yang akan berganding dengan penyanyi dan juga hos acara, Fauzie Laily.

"Para penonton boleh menjangkakan persembahan yang menarik. Saya dan Fauzie Laily akan membawa satu lagu iaitu sebuah 'mash-up' dari dua lagu klasik yang penonton pasti kenal. Persembahan di Konsert Hari Kebangsaan adalah satu platform besar untuk artis tanah air," kata Umar, yang mula menceburi industri muzik tempatan sejak 2017.

Artis-artis lain yang bakal membuat persembahan termasuk Ayden Sng, Jaynesh Isuran, Joanna Dong, finalis musim kedua Juara Mic Junior dan penyanyi bersuara emas, Kit Chan.

Selain itu, terdapat juga persembahan cukup istimewa oleh para pelajar Sekolah APSN Chaoyang bersama Presiden Halimah Yacob dan suami, Encin Mohamed Abdullah Alhabshee.

Acara dihoskan Fauzie Laily dan deejay stesen GOLD 905, Vernetta Lopez.

Konsert percuma itu bermula jam 7.30 malam di The Meadow, Taman di Persisiran.

Konsert bermula jam 7.30 malam di The Meadow, Taman di Persisiran.

Mereka yang datang seawal 4.30 petang boleh menyertai pelbagai aktiviti di karnival yang diadakan serta menikmati aiskrim dengan perisa khas yang dicipta para finalis MasterChef.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita