Lebih 2 juta orang kunjungi Bazar Geylang Serai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/ Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
SINGAPURA: Jumlah pengunjung ke Bazar Raya Geylang Serai sudah mencecah lebih dua juta orang.
Demikian diumumkan Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Dr Faishal Ibrahim dalam satu catatan yang dimuat naik di akaun Instagram beliau dan Wisma Geylang Serai pada Selasa (4 April).
"Saya sangat berbesar hati melihat orang ramai (yang datang ke bazar ini) tidak kira pukul berapa. Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa kini kami sudah menerima lebih dua juta pengunjung yang datang ke Bazar Raya Geylang Serai!
"Kami baru sahaja sampai ke separuh perjalanan, 18 hari semalam dan ada lagi 18 hari. Kami sudah pun bersedia untuk mencatat jumlah terbesar pengunjung yang datang ke (satu-satu) bazar Ramadan di Singapura," kata Dr Faishal.
Pihak Wisma Geylang Serai memberitahu BERITAmediacorp bilangan pengunjung ke bazar itu melebihi 350,000 orang pada hujung minggu pertama Ramadan tahun ini.
Ini meskipun terdapat kebimbangan di peringkat awal bahawa penjualan di Bazar Raya Geylang Serai tidak begitu rancak apabila bazar-bazar baru dibuka serta kadar sewa yang tinggi.
"Semasa saya melawat (bazar itu), saya berbual-bual dengan beberapa vendor untuk melihat keadaan mereka. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa banyak perniagaan berjalan dengan baik. Malah sesetengah daripada mereka bahkan sudah berupaya melunaskan kos sewa sekalipun baru seminggu berniaga," kata Dr Faishal.
BERITAmediacorp sebelum ini melaporkan sebilangan penyewa memilih untuk membuka gerai dalam minggu kedua atau pada lewat Ramadan.
Sebilangan pegerai juga optimistik penjualan akan mula meningkat mulai separuh kedua Ramadan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.