Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,400 graduan SUSS terima ijazah dalam majlis konvokesyen tahun ini

Lebih 2,400 graduan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) menerima ijazah dalam majlis konvokesyen masing-masing dengan yang terakhir berlangsung hari ini (6 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 2,400 graduan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) menerima ijazah dalam majlis konvokesyen masing-masing dengan yang terakhir berlangsung hari ini (6 Mei).

BERITAmediacorp sempat bertemu dengan dua graduan Melayu/Islam dalam kohort kali ini.

Yang pertama seorang pelakon sambilan tetapi kini bergelar siswazah perakaunan, manakala seorang lagi baru sahaja mendapat ijazah jurusan pengurusan rangkaian bekalan tapi sudahpun bergelar usahawan.

JEJAKA SERBA BOLEH - MUHAMMAD HASSANAL RUSLAN

Anda mungkin pernah menyaksikan lakonan pemuda ini dalam drama Inggeris tempatan seperti Kin, Tanglin dan juga CrimeWatch.

(Gambar: Hassanal Ruslan/Instagram)

Selain berlakon dan menjadi model bebas, Muhammad Hassanal Ruslan juga bertugas sebagai jurulatih kelas berbasikal di gim.

(Gambar: Hassanal Ruslan/Instagram)

Sejak empat tahun lalu juga, dia adalah penuntut sepenuh masa Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). Itulah yang harus diimbangi pemuda berbilang bakat berusia 26 tahun ini.

Namun yang jelas, segala kegiatan di luar kampus tidak mengganggu pelajarannya dan hari ini (6 Mei), Muhammad Hassanal berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan.

(Gambar: Hassanal Ruslan)

"Bagi saya, memberi komitmen pada perkara-perkara yang berbeza pada masa yang sama memang amat mencabar tapi ia menarik bagi saya dan saya berasa bahawa bekerja keras pada usia muda ini amat berguna kerana ia dapat memupuk minat dan juga disiplin diri," ujar beliau.

Hassanal, yang pernah mewakili Singapura dalam Manhunt International 2017 di Thailand dan Face of Asia di Korea juga pada tahun 2017, sudahpun mendapat kerja sebagai Pegawai Kanan Akaun di syarikat hartanah Allgreen Properties.

(Gambar: Hassanal Ruslan/Instagram)

"Penampilan itu hanya sementara. Yang kekal dan yang penting sekali adalah pendidikan dan nilai seseorang. Ini kerana sumbangan kami kepada masyarakat dan keluarga lebih daripada penampilan sahaja. Oleh itu, saya ingin diiktiraf oleh pencapaian saya daripada penampilan."

USAHAWAN BARU - SITI FARDIANA MOHD NAHAR

Bagi Siti Fardiana Mohd Nahar pula, juga 26 tahun, dia menamatkan pengajian tahun lalu tetapi menerima ijazahnya semalam, dalam jurusan Pengurusan Rangkaian Bekalan.

(Gambar: Fardiana Nahar)

Tamat pengajian di tengah-tengah pandemik COVID-19 dengan pekerjaan yang diingikan sukar didapati, Fardiana mengorak langkah berani dan cuba menjadi usahawan.

Dia tahun lalu mengasaskan syarikat teknologi fesyen, The Wear Affair, yang membantu pembeli mencari pakaian sesuai, menggunakan algorithme dan kecerdasan buatan (AI).

(Gambar: BERITAmediacorp)

"Terutama sekali di dalam pandemik ini, ramai orang tidak boleh keluar untuk ke pusat membeli-belah dan ia lebih baik untuk menggunakan wadah online untuk membeli pakaian. Dengan idea ini, kami ingin membantu orang untuk membeli pakaian yang sesuai untuk mereka dari segi stail dan saiz," kongsi Fardiana.

Syarikatnya juga menggalak orang ramai mengurangkan sisa dan memupuk sikap berbelanja dengan bertanggungjawab.

Fardiana juga mengendalikan sebuah lagi perniagaan lain, iaitu perniagaan dari rumah bernama Lazeee SG yang menjual makanan seperti lasagna.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan