Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 permohonan penyewa bagi bantuan sewa diluluskan sejak Oktober

Sejak awal bulan Oktober, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) sudah meluluskan sebanyak 2,000 permohonan daripada penyewa bagi bantuan wang tunai bernilai separuh daripada jumlah sewa bulanan di bawah Skim Bantuan Sewa.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 permohonan penyewa bagi bantuan sewa diluluskan sejak Oktober

படம்: Latar langit kawasan CBD Singapura (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 09:03PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 09:04PM

SINGAPURA: Sejak awal bulan Oktober, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) sudah meluluskan sebanyak 2,000 permohonan daripada penyewa bagi bantuan wang tunai bernilai separuh daripada jumlah sewa bulanan di bawah Skim Bantuan Sewa.

Permohonan itu melibatkan penyewa yang layak tetapi tidak menerima bantuan tersebut secara automatik kerana beberapa sebab.

Dalam satu kes, seorang pemilik kedai permainan kad membayar sewa S$1,650 sebulan. Namun, beliau tidak dimaklumkan akan bantuan sewa meskipun beliau layak.

Ia disebabkan beliau hanya menyewa sebahagian hartanah itu untuk kedainya.

Oleh kerana itu, beliau perlu membuat permohonan kepada IRAS untuk mendapatkan bantuan wang tunai tersebut.

Kejadian sebegitu yang dialami para peniaga yang menyewa hartanah bercampur kegunaannya seperti rumah kedai yang mempunyai ruang runcit dan juga perumahan.

Bantuan itu akan membantu para peniaga menguruskan aliran wang tunai terutama sekali selepas virus COVID-19 menjejas perniagaan mereka.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) menyatakan bahawa langkah-langkah juga sedang diambil untuk membantu firma-firma yang tidak layak mendapat bantuan sewa itu.

Sementara itu, IRAS menyatakan lagi 3,000 permohonan dijangka diluluskan tetapi tidak memberikan garis masa bila ia akan berlaku. 

Sumber : CNA/RU/RB/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan